Ads Top

Duka ibu selepas 16 kali keguguran, akhirnya anak mati diserang meningitis

SEORANG ibu dikenali sebagai Lizzie, 32 tahun berasal dari Bridgnorth di Shropshire, yang terdesak ingin memiliki anak terpaksa berkahwin sebanyak 16 kali untuk memiliki zuriat. Akhirnya, setelah perkahwinan kali yang ke-16, kebahagiaan yang dinantikan kunjung tiba apabila dia dikurniakan seorang anak perempuan yang sangat comel diberi nama Fleur Rose Allen.

Malangnya kebahagiaan ibu ini tidak berpanjangan apabila dia kehilangan anaknya hanya dalam tempoh enam jam akibat dijangkiti meningitis awal tahun ini ketika anaknya baru berusia 15 bulan.



Selepas empat bulan sekitar bulan april selepas kematian anaknya, Lizzie bersedia ditemubual dan menyatakan dia ingin ibu bapa lain sedar akan bahaya meningtis dan tidak mengambil mudah penyakit itu kerana anaknya begitu sihat beberapa jam sebelum kematiannya. Sehari sebelum kematiannya, fleur begitu galak bermain dan ketawa," tambah Lizzie lagi.

Lizzie menjelaskan bagaimana pada pagi di hari kematiannya, Fleur bangun dengan suhu sedikit panas membuatkan Lizzie merasa tidak sedap hati kerana kebiasaanya dia akan ketawa selepas bangun tidur. Lizzie kemudian memberikan anaknya Calpol dan air. Fleur kemudian tidak sedarkan diri dengan demam yang tinggi selepas mengalami konvulis menyebabkan Lizzie bergegas membawa anaknya ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Ketika berada di hospital, anaknya mula aktif bermain, dan walaupun tidak mahu makan tengah hari, dia nampak sihat. Ketika minum petang, Fleur kelihatan lapar dan Lizzie menyuapnya kentang lecek dan ketika itu Lizzie perasan ada sedikit noda merah di leher Fleur dan sedang merebak ke bahagian bawah badan.



Fleur mula kelihatan pucat, tetapi masih sedar dan dia mula menangis dan doktor bergegas untuk mendapatkan sampel dari Fleur. Pihak hospital juga mengatakan bahawa mereka akan memberi Fleur antibiotik untuk merawat meningtis menyebabkan Lizzie terkejut. Mereka cuba untuk mendapatkan sampel cecair dari Fleur. Dalam tempoh 5 jam kemudian, keadaan Fleur semakin teruk dan dia mengalami serangan di bahagian jantung yang berakhir dengan kematian Fleur.

"Semuanya berlaku begitu pantas", kata Lizzie. "Pada jam 1 petang, Fleur duduk di lutut ayahnya, Matt sambil tersenyum. Pada pukul 6 petang dia diberikan bantuan pernafasan dan pada pukul 11.04 malam anaknya meninggal dunia", tambahnya lagi.

Hasil laporan makmal dari sampel cecair yang diambil dari Fleur menunujukkan bahawa Fleur telah dijangkiti meningitis streptococcal, iaitu sejenis strain bakteria.

Atas sebab kehilangan ini, Lizzie kini mahu meningkatkan kesedaran mengenai gejala meningitis di kalangan generasi muda. Kebiasaannya apabila melihat bintik merah, kebiasaanya semua ibu mengganggap anak mereka di serang ruam, tetapi ibu-ibu perlu lebih peka dengan keadaan anak kerana anak kecil tidak pandai menyatakan yang mereka sedang sakit. "Seperti Fleur,mereka mengatakan anak saya diserang ruam, tetapi ruam itu tidak berkembang sampai penghujung hayat anak saya. Pada waktu makan tengah hari dia ceria, tetapi sebenarnya dia dibunuh dari luar dan dalam. Dia terlalu muda untuk menyuarakan perasaannya", kata Lizzie.
.
'Saya rasa setiap kanak-kanak yang dimasukkan ke hospital dengan gejala yang sama secara automatik perlu didiagnos sama ada diserang meningitis atau tidak.dengan kadar segera". Nyawa seorang kanak-kanak bukan loteri", tambahnya lagi.

Sejak kematian Fleur-Rose, Lizzie telah mendermakan dana sebanyak £ 12.000 untuk Meningitis sempena nama anaknya kerana dia mahu orang meningati anaknya.

Kehilangan anaknya menimbulkan impak yang sangat besar bagi Lizzie kerana dia telah keguguran sebnayak 16 kali atas sebab yang tidak diketahu dalam tempoh 6 tahun sebelum Fleur dilahirkan, dan ketika mengandungkan Fleur, dia di duga dengan berita kononnya Fleur mungkin cacat kerana ketika imbasan ultrasound, terdapat lingkaran cecair di leher Fleur. Fleur dilahirkan hanya dengan berat 1.8 kg. Menjadi ibu kepada Fleur adalah satu rahmat bagi Lizzie kerana Fleur merupakan anak yang sedikit nakal, mesra, suka ketawa dan berkelakuan baik. Kehilangan anaknya adalah sesuatu yang menyayat hati buat Lizzie. — EdisiRakyat.com, 31 Oktober 2016
Powered by Blogger.