Identiti suspek tembak jatuh pesawat MH17 didedahkan hujung tahun

,

EdisiRakyat.com
IDENTITI suspek yang menembak jatuh pesawat MH17 milik Malaysian Airline, MAS di ruang udara Ukrain pada 2014 mungkin akan didedahkan hujung tahun ini kata Menteri Luar Australia, Julie Bishop.

"Hujung tahun atau mungkin awak tahun depan, senarai suspek yang kita percaya patut bertanggung jawab akan disahkan dan, mesti ada pendakwaan," katanya dalam satu temuramah dengan Australian State Broadcaster, ABC.

Penyiasat antarabangsa mendakwa pesawat penumpang itu telah ditembak jatuh oleh misil buatan Russia yang dilancarkan dari perkampungan pemberontak pro-Russia terletak di barat Ukraine.


Foto: Reuters

Penemuan itu dilaporkan menyangkal dakwaan Moscow yang mencadangkan bahawa pesawat yang berlepas dari Armsterdam ke Kuala Lumpur pada Julai 2014 itu dijatuhkan oleh tentera Ukraine. Semua 298 penumpang termasuk 28 warga Australia dilaporkan terbunuh.

Bishop dilaporkan berkata, semua pesalah boleh dihadapkan ke satu tribunal antarabangsa seperti mereka yang pernah dihadapkan ke mahkamah itu atas tuduhan mengebom pesawat PanAm di Lockerbie, Scotland pada 1988. — EdisiRakyat.com, 2 Oktober 2016