Ads Top

Mungkin Kerajaan Selangor sendiri rancang rosakkan air kata Noh Omar

PENGERUSI Perhubungan Umno Selangor, Tan Sri Noh Omar mempersoalkan kemungkinan Kerajaan Negeri Selangor pimpinan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sendiri yang merancang merosakkan air untuk bermain politik.

"Kalau betul ada orang sabotaj, siapa yang sabotaj? Adakah mungkin kerajaan negeri nak main politik, dia yang rancang untuk rosakkan air, dia nak salahkan orang lain," soalnya dalam satu sidang media di Lobi Parlimen.

Noh turut mencabar MB Selangor agar melaporkan perkara itu kepada pihak polis jika benar terbukti ada berlaku sabotaj terhadap isu pencemaran air Selangor.



"Saya cabar Menteri Besar, jangan buat tuduhan hanya sebagai tuduhan politik tetapi buatlah laporan polis, supaya rakyat tahu," katanya.

Kerajaan Negeri Selangor semalam dilaporkan mendakwa mempunyai bukti kukuh yang menunjukkan terdapat kecenderungan unsur sabotaj oleh BN dan Umno berhubung isu pencemaran air di Semenyih, untuk memperlihatkan seolah-olah kerajaan negeri lemah.

Kejadian pencemaran air di Negeri Selangor katanya, dilihat seperti bersiri di kala tempoh pilihan raya semakin hampir.

Kerajaan Negeri Selangor juga didakwa sudah memiliki bukti-bukti kukuh dan percaya Jabatan Alam Sekitar (JAS) serta Jabatan Peguam Negara telah menyiapkan kes tersebut. — EdisiRakyat.com, 25 Oktober 2016






Powered by Blogger.