Pelanggan tak sengaja hancurkan TV bernilai RM 25,627

,

EdisiRakyat.com
KETIKA membeli belah, salah satu perkara yang boleh menjadi mimpi buruk adalah apabila terjadinya kecuaian sehingga menyebabkan kerosakan. Lebih memalukan apabila kejadian tu terakam di cctv lalu tersebar di media sosial.

Seorang lelaki malang secara tidak sengaja telah mengakibatkan kerosakan beberapa set televisyen yang dianggarkan bernilai RM25,627 ketika membeli belah di gedung HBH Wollacotts di St Austell.

Melalui rakaman cctv, lelaki yang sedang melihat-lihat barang di dalam kedai tersebut, tertarik melihat set television yang dipamerkan disitu sebelum menghampirinya.



Ketika membongkokkan badan untuk melihat set televisyen itu, dia dilihat terlalu rapat dengannya dengan secara tidak sengaja telah tertolak set televisyen di bahagian depan menyebabkan berlakunya 'domino effect' di mana tv di depan dan di belakangnya turut tertolak akibat tindakan luar kawal kerana terperanjat.



Sejurus kejadian itu, pekerja di situ berlari mendapatkan lelaki itu untuk memberikan bantuan. Tidak dapat dipastikan sama ada lelaki itu perlu membayar ganti rugi ataupun tidak. — EdisiRakyat.com, 16 Oktober 2016