Ratusan orang berpura-pura mati di Lapangan Terbang Heathrow

,

EdisiRakyat.com
SEKIRANYA anda nampak ramai orang terbaring tanpa nyawa di atas lantai Lapangan Terbang Heathrow, England anda tak perlu bimbang mereka bukanlah benar-benar mati, lapor portal Metro.co.uk.

Sebaliknya mereka sedang mengadakan tunjuk perasaan bagi menentang rancangan untuk mengubahsuai dan memperluaskan lapangan terbang tersebut.

Kumpulan aktivis dilaporkan sedang mengadakan satu protes aman yang menyaksikan ramai orang berpura-pura mati bagi menarik perhatian terhadap isu yang mereka ketengahkan.




Mereka turut membaca luahan penduduk setempat yang telah menjadi mangsa berikutan perubahan cuaca sekaligus menyeru pihak berkenaan memikirkan kesan penerbangan mereka kepada alam sekitar.

Salah seorang penunjuk perasaan Mary Adams berkata "Rancangan untuk meluaskan lapangan terbang langsung tidak bertanggungjawab, ia menjauhkan kami dari sasaran untuk menghentikan perubahan cuaca.

"Masalah ini bukan disebabkan oleh perniagaan atau percutian keluarga yang normal, tetapi penerbangan terlampau kerap oleh golongan elit yang kaya untuk ke rumah kedua mereka.




Protes yang berlangsung selama sejam itu bagaimanapun dilaporkan berakhir dengan aman tanpa mengganggu operasi lapangan terbang. — EdisiRakyat.com, 2 Oktober 2016