Satu daripada empat rakyat Terengganu alami masaalah mental

SATU daripada empat rakyat Terengganu alami sakit mental lapor Portal Berita Harian dengan sejumlah 95,293 rakyat negeri itu dikesan mengalami masaalah kesihatan mental.

Memetik kenyataan Pengerusi Pembangunan Kesihatan, Pembangunan Masyarakat dan Keluarga Terengganu, Roslee Daud mendakwa 640 pesakit baru dirawat di klinik pakar dalam tempoh Januari hingga Jun 2016 tidak termasuk 8,069 pesakit mental yang sedang mendapatkan rawatan berulang.

Menurut Roslee, masaalah keluarga seperti penceraian, keganasan serta penyalahgunaan substansi dan faktor persekitaran dikatakan menjadi antara penyumbang kepada kesihatan mental.

Namun penyumbang utama kepada masaalah mental sepanjang 10 tahun berpunca daripada masaalah kewangan, ketiadaan pekerjaan dan stres.

Roslee turut mendedahkan bahawa golongan remaja paling ramai dikesan mengalami masaalah mental.




"Kajian turut mendapati dalam kalangan mereka yang berusia antara 16 hingga 19 tahun adalah paling tinggi yang kebanyakannya golongan berpendapatan rendah," katanya lagi. — EdisiRakyat.com, 15 Oktober 2016.
Previous Post Next Post