Ads Top

Kerana arak, ibu tinggal anak di bilik air sehingga mati

SEORANG ibu muda yang dikenali sebagai Jasmine Gregory, 24 terpaksa berhadapan pertuduhan membunuh tanpa niat dan pengabaian kanak-kanak sehingga menyebabkan kematian anaknya, Robyn Andrews-English's yang berusia 14 bulan akibat kecuaiannya di rumah mereka di Wantage. Oxfordshire. 

Mengikut pertuduhan yang dibacakan di mahkamah Oxford Crown, Jasmine dikatakan meninggalkan anaknya di dalam tab mandi di bilik air sambil dia meneruskan kerja mencuci.

Sebelum kejadian, Jasmine dikatakan telah meminum sebotol cider sekitar waktu kematian bayi malang itu di mana kemudiannya dia terlupa di manakah dia meletakkan Robyn sehingga menyebabkan kematian bayi malang itu pada 7 ogos 2014.

Terdahulu, ibu bapa angkat bayi malang itu pernah membuat laporan mengatakan bahawa Jasmine kerap meninggalkan anaknya keseorangan di dalam bilik air menyebabkan satu badan penjagaan hal ehwal kanak-kanak melantik pekerja sokongan untuk menasihati dan mengawal Jasmine dalam soal penjagaan anak.

Pekerja sokongan yang dilantik itu ketika memberi keterangan di mahkamah menyatakan bahawa kira-kira sejam sebelum kejadian dia ada mengingatkan Jasmine supaya tidak meninggalkan anaknya berseorangan di dalam bilik air.

Seorang saksi yang berada di tempat kejadian, Stephanie Toms mengatakan bahawa dia melihat Jasmine  dalam keadaan cemas sambil bertanya kepada orang yang lalu lalang sama ada mereka ada terihat anaknya. 

Stephanie kemudian melihat Jasmine masuk semula ke dalam rumah dan mengikutnya sebelum menemukan Robyn di dalam bilik air berkeadaan tertiarap di dalam tab mandi dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Dia terus mengambil bayi malang itu dari pegangan Jasmine dan terus membawa bayi itu ke pusat perubatan berhampiran.

Hasil siasatan polis yang menggeledah rumah Jasmine selepas kejadian menemukan botol arak kosong yang mungkin menjadi penyebab Jasmine mabuk.

Ketika permulaan perbicaraan hakim membenarkan Jasmine meninggalkan mahkamah kerana Jasmine dilihat begitu tertekan.

Menurut pendakwaraya yang mengendalikan kes itu, Jasmine berulang kali menyalahkan dirinya kerana cuai dan mengatakan dia ingin membunuh diri kerana sibuk membasuh hingga menyebabkan anaknya mati.

Perbicaraan ditangguhkan dan disambung kemudian. — EdisiRakyat.com, 4 November 2016
Powered by Blogger.