Ads Top

Kanak-kanak yang viral ini akhirnya dapat bertemu Lionel Messi


KANAK-KANAK berusia 6 tahun, dari Afghanistan ini pernah menjadi viral di internet selepas gambarnya memakai jersi Lionel Messi buatan sendiri yang diubahsuai dari beg plastik tersebar.

Gambar jersi nombor 10 dengan jalur-jalur biru putih yang dipakai oleh Murtaza Ahmadi itu tersebar luas seluruh dunia melalui laman sosial Facebook dan Twitter.

Tanpa disangka, gambar itu dikatakan turut sampai ke pengetahuan bintang bola sepak Barcelona, Lionel messi menyebabkan dia mengambil keputusan untuk bertemu peminat ciliknya itu.


Mereka berdua akhirnya bertemu di di Qatar di mana Barcelona dijadual akan bertemu sebuah pasukan bola sepak tempatan, Al Ahli dalam satu perlawanan persahabatan.

Malah, Murtaza yang kini menetap di Pakistan dilaporkan turut akan berjalan masuk ke padang bersama-sama dengan Messi, bintang bola sepak pujaannya itu. — EdisiRakyat.com, 14 Disember 2016
Powered by Blogger.