Ads Top

5 tips kurangkan ketagihan gula dalam makanan dan minuman

MANIS itu memang enak sebab itulah ramai yang menjadikan minuman dan makanan yang manis ini sebagai sebahagian daripada makanan kegemaran mereka.

Namun dalam keghairahan tersebut sebenarnya menempah pelbagai ancaman yang boleh menjejaskan kesihatan antaranya kegemukan kencing manis diabetis dan banyak lagi.

Awas pengambilan makanan dan minuman manis jika diamalkan berterusan akan mengundang kemudaratan kepada tubuh anda. Ini kerana kek coklat minuman berkarbonat dan jus limau adalah antara makanan yang kaya dengan kandungan gula.


Jika tidak dikawal dari awal sudah tentu pelbagai penyakit akan mula timbul. Apa yang paling penting kamu harus mengurangkan kandungan gula di dalam setiap makanan yang diambil. 

Cuba ambil makanan yang berhasiat dan menurut penyelidikan makanan mengandungi kandungan gula yang tinggi bukan sahaja boleh membuatkan berat badan semakin bertambah, malah ia juga boleh mendorong timbulnya pelbagai penyakit merbahaya antaranya diabetis, stroke, ganguan jantung dan sebagainya.

Anda mungkin boleh mengikut tips-tips berikut jika anda ingin hidup lebih sihat tanpa mengambil gula secara berlebihan.

Perbaiki pola makanan

Pemakanan yang teratur boleh membekalkan tenaga pada tubuh di sepanjang hari. Oleh itu pilihlah makanan yang mengandungi serat yang tinggi, protein, karbohidrat, dan lemak agar tenaga dalam tubuh menjadi seimbang.

Anda boleh memulakannya dengan mengambil sekeping roti putih, segelas susu soya sebagai percubaan pertama, ataupun anda boleh juga menukarnya dengan roti gandum dan susu soya di dalam sarapan pagi.

Bagi hidangan pencuci mulut pula anda boleh menukar hidangan manis dengan buah-buahan segar.

Baca label makanan

Biasakan dengan membaca label yang tertera pada bungkusan makanan yang dibeli dan berhati-hati dengan perkataan 'fat-free' (bebas lemak).

Sungguhpun ia tidak mengandungi sebarang lemak namun kebiasaannya mereka akan menggunakan gula untuk menyempurnakan rasa.

Begitu juga halnya ketika memilih minuman tenaga, pastikan anda membaca label yang tertera di tin terlebih dahulu — ini boleh membantu anda mengenal pasti kandungan makanan tersebut untuk mengelakkan daripada anda mengambil gula secara berlebihan.

Minum air dengan banyak

Salah satu cara paling berkesan untuk mengurangkan gula dalam makanan atau minuman adalah dengan meminum lebih banyak air. Selain ia bagus untuk organ dalaman, ia juga bagus untuk kesihatan. 

Sekiranya anda sudah terbiasa dengan minuman yang bergula anda boleh menukarnya dengan minuman jenis jus buah-buahan yang terbukti baik untuk kesihatan tubuh.

Makan sayuran organik

Sekiranya anda gemar memasak berhati-hatilah ketika memilih rempah ratus yang sudah siap diadun kerana biasanya ia mengandungi gula sebagai ramuan tambahan.

Cara paling mudah anda boleh hasilkan rempah ratus sendiri selain dapat menjimatkan wang ia juga bagus untuk kesihatan.

Bukan itu saja anda juga boleh beralih kepada makanan berbentuk sayuran organik. Walaupun ada di antara anda mungkin terasa janggal untuk memulakan tabiat baru ini namun jika dinilai dari segi kesihatan ia memang berbaloi untuk dicuba.

Kawal keperluan nutrien

1 sudu teh gula persamaan dengan 16 kalori? Itu memang benar jadi tidak hairanlah mengapa ramai pakar pemakanan menyarankan kita ada mengurangkan pengambilan gula.

Jika anda masih meneruskan tabiat buruk ini kemungkinan besar anda akan mudah terdedah dengan pelbagai masalah kesihatan. Mana tidaknya jika 25 peratus kandungan kalori yang masuk ke dalam tubuh adalah gula ini bermakna ia telah menyingkirkan makanan bergizi yang diperlukan oleh tubuh. — EdisiRakyat.com, 26 Januari 2017
Powered by Blogger.