Ads Top

9 kesilapan tidak disedari oleh ibu bapa dalam mendidik anak

SEBAGAI ibu bapa anda tentu inginkan yang terbaik untuk anak-anak sama ada dari segi pendidikan makan minum dan segala keperluan dalam kehidupan.

Walau bagaimanapun sedar atau tidak, adakalanya terdapat perkara-perkara yang anda lakukan atau buat menyimpang dari tujuan asal anda sebagai ibu bapa yang ingin diberikan kepada anak-anak.

Malah kesilapan inilah yang secara tidak langsung mendorong anak-anak untuk berbuat perkara sama pada masa-masa akan datang kerana menganggap ia adalah perkara yang betul untuk dilakukan.



Berikut 9 senarai kesalahan-kesalahan tersebut,

1. Mengabaikan pendidikan rohani

Memang tidak dapat dinafikan betapa pentingnya pendidikan dari rumah. Walau bagaimanapun sesetengah ibu bapa bukan sedikit yang mengabaikan pendidikan rohani terhadap anak-anak mereka, sebaliknya membiarkan mereka membesar mengikut segala kemahuan sendiri sehingga akhirnya menyebabkan mereka bersikap di luar kawalan.

2. Memenuhi segala kehendak anak-anak

Tidak salah memenuhi permintaan anak-anak, misalnya untuk mengadakan majlis hari lahir, membelikan pakaian baru, permainan dan sebagainya.

Tetapi biarlah mengikut kemampuan dan keperluan. Jangan penuhi segala-galanya kerana ia mungkin akan membuatkan anak-anak kecewa sekiranya permintaan ini tidak dapat dipenuhi satu hari nanti.

3. Berhutang demi memenuhi kehendak anak-anak

Sekali lagi tidak salah memanjakan anak-anak tapi ingat jangan sampai berhutang semata-mata untuk memenuhi kehendak mereka. 

Cara ini boleh menyebabkan anak-anak membesar dan berfikir bahawa berhutang merupakan salah satu gaya hidup dan ibu bapa mereka juga berhutang untuk mendapatkan sesuatu.

4. Mengambil tanggungjawab bagi pihak anak

Ramai ibubapa yang membiasakan diri mengambil tanggungjawab memungut atau mengambil barang-barang yang anak-anak sepahkan atau lempar di atas lantai.

Sebenarnya cara ini secara tidak langsung mendidik anak-anak itu untuk melemparkan tanggungjawabnya walaupun kecil kepada orang lain.

5. Mengeluarkan perkataan-perkataan yang tidak baik

Anak-anak di peringkat sedang membesar memang mudah belajar atau seperti disebut oleh kebanyakkan orang "cepat tangkap".

Malah bukan sedikit anak-anak yang belajar perkataan perkataan kotor atau tidak senonoh daripada pembantu rumah atau orang-orang sekitarnya termasuk anda sendiri.

Ramai ibu bapa yang tidak menegur anak-anak bercakap menggunakan perkataan kotor atau tidak baik sebaliknya membiarkan saja malahan ada yang mungkin ketawa mendengar mereka bercakap demikian.

Hal ini boleh membuatkan anak-anak berfikir hal itu lucu dan membuatkan mereka mengulanginya lagi.


6. Tidak menyuruh anak-anak membasuh bekas makanan sendiri

Satu lagi kesilapan ibu bapa adalah tidak mendidik anak-anak untuk mengemas atau membasuh sendiri pinggan mangkuk atau bekas makanan dan minuman mereka sebaliknya segala tanggungjawab ini anda selesaikan sendiri sambil membiarkan saja anak-anak menghabiskan masa menonton tv atau bermain komputer.

7. Membela anak jika bergaduh dengan teman-teman

Perkara inilah yang sering membuatkan anak-anak 'naik kepala'. Apabila anak-anak mengadu bergaduh dengan kawan-kawannya di sekolah, mahupun di kejiranan tanpa usul periksa anda akan membela anak anak anda dan menyalahkan pihak lagi satu.

8. Memarahi anak-anak tanpa sebab yang jelas

Perkara seperti ini mungkin boleh dikaitkan dengan peribahasa "marahkan nyamuk kelambu dibakar". Tanpa sebab musabab yang jelas anda memarahi anak-anak sehingga menakutkan mereka.

Sejarah tidak langsung memberikan impak psikologi terhadap mereka dan jangan terkejut jika suatu hari nanti mereka akan berfikiran dangkal dan suka membuat onar.

9. Terlalu mudah memaafkan kesalahan anak

Kata orang sayangkan anak tangan-tangankan namun sebaliknya yang berlaku ramai di kalangan ibu bapa yang sayangkan anak tetapi membiarkan anak-anak terus hanyut melakukan kesilapan dan kesalahan malah turut terlalu mudah memaafkan anak anak setiap kali mereka melakukan kesilapan.

Awas, jangan sampai anak anda jadi seperti watak anak derhaka dan kurang ajar dalam filem lakonan P Ramlee bejudul 'Anakku Sazali'. EdisiRakyat.com, 31 Januari 2017
Powered by Blogger.