Ads Top

Bangladesh tanam sejuta pokok kelapa untuk kurangkan rakyat mati disambar petir

KERAJAAN Bangladesh dilaporkan telah mula menanam satu juta pokok kelapa di seluruh negara itu untuk membantu menghalang beratus-ratus orang yang terbunuh akibat disambar kilat setiap tahun, kata seorang pegawai tertinggi pada hari Selasa.



Pihak berkuasa Bangladesh tahun lalu telah mengistiharkan kilat sebagai bencana alam negara, di mana lebih daripada 200 kematian pada 2016 dicatatkan, dengan 82 orang mati di dalam bulan Mei.

Pakar mengatakan jumlah kematian sebenar adalah lebih tinggi. Menurut pemerhati bebas, 349 orang terbunuh akibat disambar kilat pada 2016. Namun ramai penduduk yang tinggal di kawasan luar bandar tidak melaporkan kematian kepada pihak polis.

Pegawai bencana telah menghabiskan beberapa bulan mencari jalan untuk mengurangkan jumlah kematian yang membimbangkan itu, dan program penanaman pokok kelapa mungkin merupakan langkah yang pertama dibawa oleh kerajaan.

"Kami telah mula menanam pokok kelapa di kawasan luar bandar dalam usaha untuk mengurangkan bilangan kematian akibat petir," Shah Kamal, kata setiausaha pengurusan bencana kerajaan, seperti yang dilaporkan oleh AFP.

"Kami akan menanam satu juta pokok sawit menjelang Jun tahun ini."

Pakar berkata jumlah kematian yang tinggi berpunca sebahagiannya daripada kekurangan pokok-pokok yang mempunyai dahan-dahan yang boleh menyerap kesan kilat. Walaupun pokok akan menjadi rosak, namun ia bermakna caj elektrik tidak terus mengalir ke muka bumi.

Kamal berkata, program yang sama di Thailand telah pun mengeluarkan hasil, sambil menambah bahawa sepasukan pegawai Bangladesh juga telah mengembara ke Vietnam untuk belajar bagaimana pihak berkuasa di sana melindungi petani sepanjang Sungai Mekong.

Bahagian metereologi yang telah menjalankan beberapa kajian mengenai kilat berkata, penanaman pokok perlu bagi membantu mengurangkan jumlah kematian.

"Pokok kelapa mengambil masa untuk membesar. Tetapi apa yang pasti, ini adalah satu langkah yang baik oleh kerajaan. Ia akan mengurangkan kematian, " kata Shah Alam, bekas ketua Jabatan Meteorologi Bangladesh, kepada AFP.

Alam berkata jumlah kilat telah meningkat di Bangladesh serentak dengan peningkatan penebangan hutan di kawasan luar bandar di mana petani sering menebang pokok supaya mereka boleh meningkatkan tanaman padi dan tanaman lain. — EdisiRakyat.com, 24 Januari 2017
Powered by Blogger.