Sekumpulan 39 lelaki ditahan kerana berbogel dalam kem motivasi

SEKUMPULAN 39 orang lelaki dilaporkan ditahan dalam satu kem motivasi, selepas mereka didapati berbogel beramai-ramai dalam satu aktiviti berkumpulan di sebuah resort percutian yang terletak di Bentong, Pahang.

Lelaki berumur antara 19 dan 29 tahun itu dilaporkan menanggalkan pakaian semasa aktiviti kumpulan yang dianjurkan oleh sebuah syarikat sekitar jam 6 petang hari Sabtu.


Ketua Polis Daerah Bentong, Supt Mohamad Mansor Mohd Nor dilaporkan memberitau bahawa pihak polis menerima maklumat tentang kejadian kumpulan lelaki berbogel pada sekitar jam 6:12 petang.

Katanya lagi, polis telah ke resort berkenaan dan memantau aktiviti kumpulan tersebut sebelum membuat tangkapan sekitar tengah malam.

Turut ditahan sembilan wakil-wakil syarikat termasuk dua fasilitator wanita.

Polis sedang menjalankan siasatan terhadap mereka kerana berkelakuan tidak sopan di khalayak ramai. — EdisiRakyat.com, 22 Januari 2017
Previous Post Next Post