Ads Top

Anak Tantrum 4 cara mudah menghadapinya

ANAK sememangnya sukar diramal, apatah lagi setelah meningkat usianya. Anak Tantrum umpamanya membuatkan kebanyakan ibu dan bapa tidak senang duduk apabila berhadapan dengan situasi ini kerana tentu sekali tidak mudah untuk menghadapinya.

Tantrum kerap kali dikaitkan dengan perlakuan kanak-kanak yang suka mengamuk. Apabila diperhatikan, kanak-kanak tantrum ini seolah-olah mampu menukar emosinya secara tiba-tiba.



Perlakuan anak tantrum boleh berlaku di mana sahaja contohnya ketika menghadiri kenduri atau menziarahi rumah saudara-mara. Anak tantrum akan cepat marah ketika bermain dengan saudara atau sepupu.

Ada sahaja yang tidak kena di matanya, anak tantrum bukan sahaja akan menjerit sekuat hati malahan paling teruk sanggup memukul dirinya dan orang lain.

Paling merungsingkan hati ibunya apabila setiap kali mengamuk. Anak tantrum sukar untuk dipujuk membuatkan si ibu berfikir dua kali sebelum membawanya ke mana-mana majlis.

Perkara seperti ini mungkin juga turut dialami oleh ibu bapa yang lain di luar sana, anda mungkin salah seorang yang mempunyai anak tantrum. Apa pun janganlah terlalu risau, bagi menangani atau menghadapi masaalah ini, beberapa tips berikut boleh dilakukan.

1. DIDIK ANAK DENGAN CARA YANG BETUL

Sebenarnya perkara ini boleh diatasi sekiranya anak kita mendapat didikan yang betul. Namun menatang anak bagai minyak yang penuh bukan satu jaminan anak anda tidak tantrum. Sebaliknya anda harus bersikap rasional dan tegas di dalam mendidik anak-anak.

2. CEGAH SIKAP ANAK DARI AWAL

Ibu bapa harus bijak mengawal anak masing-masing, sepatutnya pada hari pertama anak anda bersikap demikian anda harus bijak menangani perangai anak anda.

Sebaiknya anda dan pasangan seharusnya berbincang dalam menghadapi situasi ini kerana anak sukar dikawal di kasih ibu melarang manakala si bapa pula menyokong kelakuan si anak tersebut.

3. ABAIKAN MEREKA

Sedari mula mereka tantrum sebaiknya anda abaikan mereka apabila mereka mula menangis atau merengek. Jika dia masih menangis, ambil anak anda dan kemudian letakkan di satu sudut rumah dan biarkan dia tenang seketika.

Lama-kelamaan secara automatik dia akan bertindak mendiamkan diri.

4. KENAL PASTI PUNCA SEBENAR

Selain itu cuba anda tetapkan atau berikan sedikit masa untuk anak anda melepaskan perasaannya. Buat pertama kali tetapkan 3 minit untuknya. 

Kemudian dapatkan anak anda dan tanya apakah punca sebenar dia bertindak marah atau pun menangis. 

Biarpun kita tahu dia sengaja mengeluarkan rasa marah dan geram pada ketika itu, cuba pujuk dengan cara yang baik mungkin dengan cara ini dapat menenangkan si kecil anda — EdisiRakyat.com, 1 Febuari 2017
Powered by Blogger.