Caj tadika di Malaysia kalahkan yuran universiti

YURAN tadika swasta di Malaysia kini semakin mahal apabila ia mengenakan caj lebih RM5000 setahun untuk seorang murid iaitu lebih mahal daripada yuran pengajian seorang mahasiswa di universiti tempatan.

Rata-rata yuran pengajian ijazah sarjana muda di universiti awam di negara ini ialah RM2,228 bagi satu semester atau RM4,456 setahun.



Tinjauan Kosmo! di beberapa tadika swasta di sekitar Lembah Klang mendapati ramai ibu bapa yang mengeluh kerana terpaksa membayar sekurang-kurangnya RM2,000 untuk pendaftaran selain yuran bulanan antara RM3,00 hingga RM600 sebulan.

Malangnya ibu bapa terbabit tiada pilihan berikutan permohonan anak mereka untuk memasuki tadika atau prasekolah milik kerajaan ditolak disebabkan tidak layak atau tiada kekosongan tempat.

Kebanyakan pengusaha tadika pula memberi alasan peningkatan kos operasi yang terlalu tinggi termasuk gaji minimum pekerja sebanyak RM1,000 sebulan, harga bahan makanan, dan alat pembelajaran serta sewa premis tinggi memaksa mereka menaikkan kadar yuran tersebut. — EdisiRakyat.com, 6 Februari 2017

Post a Comment

Previous Post Next Post