Diramal usia tinggal 18 bulan, pesakit kanser sembuh selepas ambil dadah

SEORANG pesakit kanser yang dikatakan hanya mampu bertahan selama 18 bulan untuk hidup, kini sudah tiada lagi tanda-tanda tumor dalam badannya selepas mengambil sejenis dadah percubaan yang luar biasa.



Bob Berry merupakan salah seorang daripada 12 pesakit kanser di dunia yang telah mengambil sejenis dadah yang baru dicipta dan masih terlalu baru yang mana namanya pun belum lagi diberikan. hasil keputusan eksperimen tersebut ditandakan oleh doktor sebagai 'phenomenal'.

Lelaki berusia 60 tahun itu sebelum ini telah disahkan menghidap kanser paru-paru sejak tiga tahun lalu selepas menderita sakit bahu, dan diramalkan hanya mampu bertahan selama 18 bulan untuk hidup selepas rawatan radioterapi dan kemoterapi tidak membuahkan hasil.

Berry telah diletakkan di dalam satu ujikaji dadah oleh Yayasan Chriatie NHS di Manchesters sebagai orang pertama di dunia yang mempunyai akses kepada dadah tersebut.

Ia juga merupakan kali pertama dadah berkenaan yang digabungkan dengan rawatan immunoterapi telah digunakan ke atas manusia untuk melawan kanser.

Menurut Dr Matthew Krebs, yang juga merupakan perunding kesihatan di The Christie, Berry mempunyai tindak balas yang luar biasa dalam percubaan klinikal tersebut.

"Imbasan-imbasan terkini yang dikenakan ke atas beliau menunjukkan satu tindak balas lengkap tanpa sebarang kesan tumor di badannya,"

"Kami masih perlu memantau Berry cari dekat dengan imbasan imbasan rutin bagi menilai setakat mana keberkesanan rawatan ini,"

"Apa pun, percubaan klinikal di The Christie telah memanjangkan nyawa saya saya sangat bersyukur. Sesiapa yang dapat tawaran untuk mendapatkan percubaan klinikal seperti ini memang patut mempertimbangkannya," kata Berry meluahkan rasa syukur. — EdisiRakyat.com, 8 Februari 2017

Post a Comment

Previous Post Next Post