Ads Top

Kucing mati dalam rumah tersepit di mangkuk tandas

DUA ekor kucing malang ditemui mati, salah seekor didapati tersepit dalam keadaan yang sangat tragik di mangkuk tandas akibat kehausan dan kelaparan dalam sebuah rumah yang dipenuhi sampah dan najis.



Kucing malang itu di percayai telah ditinggalkan dalam keadaan tanpa makanan dan minuman selama beberapa minggu. Bangkai kucing itu ditemui oleh orang awam yang kebetulan melalui rumah itu dan melihat seekor kucing dalam keadaan kepala tersepit di mangkuk tandas melalui cermin tingkap. Dia kemudiannya melaporkan kepada pihak polis.

Seorang pegawai polis dan dan seorang lagi polis berpangkat Inspektor bergegas ke rumah tersebut dan menyaksikan keadaan kucing itu yang menyayat hati di mana kucing itu di jangkakan mati tersepit ketika cuba meminum air di dalam mangkuk tandas dan bangkai seekor lagi kucing di temui di celah-celah timbunan sampah dan najis.

Menurut Inspektor yang dikenali sebagai Paul Seddon, selama dia menjadi polis selama 34 tahun, dia belum pernah lagi melihat kejadian menyayat hati seperti itu dan dia masih terbayang-bayang keadaan kucing-kucing itu ketika ditemui. "Kucing-kucing itu kelihatan sangat kurus, seperti terlalu lapar dan kehausan serta tiada tanda terdapat makanan dan air yang ditinggalkan untuk kucing itu.

Rumah itu pula dalam keadaan bersepah dan berbau sangat busuk",tambahnya lagi.



Pemilik kucing itu, Karen Whittingham, 44 tahun dari Kingswinford, West Midlands, dijatuhi hukuman di Mahkamah Majistret Birmingham rabu lalu atas tuduhan melakukan seksaan yang melanggar undang-undang dengan tidak memberi mereka makan dan gagal memastikan kucing itu berada di tempat yang selamat

Karen Wittingham

Dia dijatuhkan hukuman penjara empat bulan di mana huuman itu digantung selama 12 bulan, dan dia diarahkan untuk melakukan kerja selama 120 jam tanpa bayaran dan membayar kos sebanyak RM 2792 dan pampasan sebanyak RM475.— EdisiRakyat.com, 24 Februari 2017.

No comments:

Powered by Blogger.