Kucing sayang tuannya, sanggup tunggu di atas kubur

GELAGAT seekor kucing menimbulkan keseayuan kepada penduduk yang tinggal berdekatan tanah perkuburan di Jawa Tengah, Indonesia. Kucing yang sentiasa kelihatan di tanah perkuburan itu sejak setahun lalu dikatakan amat menyayangi tuannya, dan tidak mahu pergi sebaliknya terus tinggal di atas kubur kerana merindui tuannya.



Seorang penduduk yang dikenali sebagai Keli Keningau Prayitno, 28 mengatakan bahawa dia mendengar bunyi kucing itu yang seakan-akan menangis dia atas kubur tuannya yang agak berlumpur. Dia merasa kasihan dan mengambil kucing itu untuk dipelihara tetapi kucing itu tetap kembali ke kubur tuannya.

Ada juga penduduk lain yang cuba mengalihkan perhatian kucing itu dari pergi ke kubur tuannya dengan menyediakan makanan dan tempat tinggal, tetapi kucing itu tetap dengan rutin hariannya.

Dia akan datang ke rumah mereka yang memberi dia makan, dan kemudiannya kembali ke kubur tuannya dan tidur di sana setiap malam.

Seorang penduduk yang merupakan seorang duda beranak satu menurut sumber menyatakan bahawa dia menyangka kucing itu tidak berumah kerana melihat kucing itu sentiasa berkeliaran di kuburan itu. Dia melihat kucing itu berada di situ setiap hari, menghilangkan diri beberapa jam dan kemudian kembali semula ke kubur itu.



Lelaki itu juga kerap mengekori kucing itu untuk mengetahui ke mana kucing itu menghilang untuk beberapa jam. Menurutnya, kucing itu akan pergi ke satu rumah di mana anak perempuan kepada tuan rumah itu akan memberi kucing itu makan setiap hari.

Beberapa penduduk pernah membawakan makanan dan minuman untuk kucing itu di kuburan itu, tetapi dia tetap akan puang ke rumah wanita itu yang dianggap rumah keduanya sebelum kembali ke kuburan itu.

Apabila berada di kuburan itu, tingkah laku kucing itu amat menyentuh hati di mana dia akan mengguling-gulingkan badan dengan manja di atas kubur tuannya, mengiau dan tidur di atas kuburan itu. Kucing itu kelihatan sangat selesa berada di situ.



Itu menunjukkan ada ikatan yang sangat erat antara kucing itu dan tuannya yang benar-benar menarik perhatian orang ramai. — EdisiRakyat.com, 22 Februari 2017

Sumber gambar: Keli Keningau Prayitno

Post a Comment

Previous Post Next Post