Pelajar tingkatan 1 lakukan seks dengan ramai pasangan di sekolah

SEORANG pelajar perempuan di Melaka mengaku telah melakukan hubungan seks dengan ramai pasangan di sekolah, di rumah, dan di pelbagai lokasi lokasi lain termasuk surau sejak tahun lalu.

Rahsia itu dilaporkan mula terbongkar selepas seorang daripada rakan lelaki sekelas dengan remaja perempuan tersebut mendedahkan perkara itu kepada guru kaunseling sekolah.



Pada hari Rabu lalu, guru terbabit telah berjumpa dengan remaja berusia 14 tahun itu dan melakukan soal siasat.

Remaja perempuan itu mengaku telah melakukan hubungan seks dengan ramai lelaki sejak tingkatan satu di pelbagai lokasi di sekolah — dalam kelas, bawah tangga, di surau, dalam rumah terbiar, malah di rumahnya.

Remaja berkenaan mengakui bahawa semua hubungan seks yang dilakukan adalah berdasarkan suka sama suka dan dia tidak pernah meminta duit setiap kali selepas melakukan hubungan terkutuk itu.

Dia dipercayai ada memberitahu gurunya bahawa selain melakukan hubungan dengan rakan sekolah, dia juga tidur dengan pelajar lelaki daripada 2 sekolah lain dan juga orang luar.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka, Kamaluddin Kassim dilaporkan berkata, remaja wanita terbabit telah dipindahkan ke sekolahnya di Ayer Keroh pada bulan Jun 2016 kerana masalah disiplin.

"Guru terbabit mempunyai lebih maklumat tentang kelakuan seksnya sebelum menemaninya membuat aduan kepada pihak polis pada hari itu," katanya.

Semalam pihak polis telah menahan 11 pelajar sekolah berumur di antara 13 dan 16 tahun daripada tiga buah sekolah dan seorang lagi suspek berusia 21 tahun kata ACP Kamaluddin.

Mereka akan disiasat di bawah seksyen 376(1) dan seksyen 377B Kanun Keseksaan kerana melakukan jenayah rogol dan perbuatan seks di luar tabii tambahnya.

"Pelajar perempuan tersebut telah dihantar untuk membuat ujian perubatan di Hospital Melaka, dia juga akan diminta untuk mendapatkan penilaian psikiatrik.

"Kami akan melengkapkan kertas siasatan sebelum menghantarnya kepada timbalan pendakwa raya untuk tindakan seterusnya," kata beliau.

Pengerusi Malacca Action Group for Parents in Education (Magpie), Mak Chee Kin mengingatkan para pelajar bahawa walaupun dilakukan dengan persetujuan suka sama suka, perbuatan seks dengan remaja perempuan di bawah umur 16 tahun adalah merupakan jenayah rogol.

Beliau turut meluahkan rasa bimbang terhadap kesan tindakan seperti itu terhadap masa depan mereka dan mencadangkan kepada penjaga untuk memberi didikan kepada mereka tentang undang-undang dan akibat. EdisiRakyat.com, 11 Februari 2017

Post a Comment

Previous Post Next Post