Ads Top

Program Khas Peduli Siswa Selangor 2017 cara permohonan online

PROGRAM Khas Peduli Siswa merupakan satu inisiatif Kerajaan Negeri Selangor untuk membantu anak-anak Selangor yang akan atau sedang menuntut dalam jurusan Diploma dan Ijazah Sarjana Muda di UIA, UiTM, UPM dan UKM melalui pinjaman pelajaran boleh ubah, dan tanpa faedah.

Keutamaan Program Khas Peduli Siswa ini diberikan kepada pelajar yang mendapat pembiayaan separa daripada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional, PTPTN. Permohonan dibuka mulai 1 hingga 28 Febuari 2017.



SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

Syarat Umum

1. Pemohon dan ibu bapa merupakan Warganegara Malaysia

2. Pemohon, ibu atau bapa lahir di Selangor, atau

3. Pemohon telah bermastautin lebih daripada lima (5) tahun di Selangor

4. Telah mendaftarkan diri bagi pengajian sepenuh masa di peringkat Diploma atau Ijazah Sarjana Muda atau Ijazah Perubatan di Universiti Awam berikut:

i. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (Kampus Gombak)
ii. Universiti Kebangsaan Malaysia (Kampus Bangi)
iii. Universiti Putra Malaysia (Kampus Serdang)
iv. Universiti Teknologi MARA (Kampus Shah Alam, Puncak Alam, Puncak Perdana)
v. Pelajar bukan pelajar tahun akhir pengajian atau diberikan lanjutan tempoh pengajian.

Syarat Akademik

a. Diploma

Memperoleh sekurang-kurangnya lima (5) kepujian dalam mana-mana mata pelajaran di peringkat SPM, atau
Memperoleh kelayakan sijil dengan kelulusan PNGK/CGPA 2.50 dan ke atas.

b. Ijazah Sarjana Muda

Memperoleh kelayakan Sijil Tahun Asas / Pra-Ijazah / Matrikulasi / Diploma dengan kelulusan PNGK atau CGPA 2.50 ke atas; atau
Memperoleh sekurang-kurangnya empat (4) Gred C dalam mana-mana mata pelajaran di peringkat STPM, atau
Memperoleh sekurang-kurangnya lima (5) kelulusan (jayyid) dalam mana-mana mata pelajaran di peringkat STAM.

c. Ijazah Perubatan
Sedang mengikuti Ijazah Perubatan dan Pembedahan / Pergigian / Veterinar di Universiti Awam yang disenaraikan di atas.

Kadar Pembiayaan
PERINGKAT PENGAJIANJUMLAH PEMBIAYAAN SETAHUN PEDULI SISWA
 (RM)
Diploma4,900.00
Ijazah Sarjana Muda (Pelbagai)6,500.00
Ijazah Perubatan7,000.00
Tajaan

Tajaan adalah bermula daripada tarikh mula pengajian sehingga tamat pengajian seperti yang dinyatakan dalam Surat Tawaran daripada Universiti.

Pengurangan Bayaran Balik

Pembiayaan yang akan diberikan adalah dalam bentuk pinjaman pelajaran boleh ubah di mana pengurangan bayaran balik akan diberikan mengikut pencapaian CGPA / PNGK akhir pelajar.

Peringkat PengajianPencapaian PNGK / CGPA TerakhirPeratus Pengurangan
Diploma/ Ijazah Sarjana (semua bidang pengajian)3.75 hingga 4.00100%
3.50 hingga 3.7450%
3.20 hingga 3.4925%
3.19 dan ke bawah0%
Ijazah PerubatanLULUS100%


Selain daripada CGPA/PNGK, pelajar juga perlu memenuhi syarat-syarat berikut:

i. tamat pengajian dalam tempoh seperti yang ditetapkan dalam surat tawaran;
ii. tidak melanggar mana-mana syarat seperti yang dinyatakan dalam Dokumen Perjanjian; dan
iii. mengemukakan salinan transkrip rasmi dan sijil senat yang telah disahkan oleh pihak Universiti kepada Urus Setia TKWBNS.

Sila klik link berikut untuk membuat permohonan secara atas talian (online) —  selangor.gov.my
Powered by Blogger.