Ads Top

Dua beradik kena langgar komuter terbunuh di Stesen Padang Jawa

DUA beradik dilaporkan terbunuh selepas dilanggar oleh komuter ketika cuba melintas landasan keretapi berdekatan stesen KTM Komuter Padang Jawa.

Dua beradik yang maut dilanggar komuter pada hari khamis itu telah dikenal pasti identitinya sebagai Sabiran Musa, 40 dan Nizam Riduan Musa, 36.


Keretapi tersebut dilaporkan sedang bergerak dari arah Kuala Lumpur menuju ke Klang. Pihak Polis dari Shah Alam, OCPD Shafien Mamat berkata, kedua-dua beradik itu telah dirempuh kereta api berhampiran jambatan laluan pejalan kaki stesen berkenaan.

"Mereka sedang berjalan ke sebuah kedai runcit yang terletak di seberang landasan keretapi ketika  kejadian rempuhan berlaku," katanya.

"Mereka terseret sejauh kira-kira 10 meter dari tempat berlakunya rempuhan dan mereka mengalami kecederaan kecederaan di kepala tangan dan kaki," tambahnya lagi.

ACP Shafien turut memberitahu bahawa kedua beradik itu tinggal di Sungai Rasau dan bekerja membantu bapa mereka menjual ayam di Seksyen 16 Shah Alam.

Mayat-mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah untuk bedah siasat. — EdisiRakyat.com, 3 Mac 2017

No comments:

Powered by Blogger.