Ads Top

Gaji pramugari lagi banyak terbang lebih banyak elaun


PRAMUGARI atau pramugara adalah antara kerjaya yang popular dan boleh juga disifatkan sebagai 'glamor'. Mungkin anda tertanya-tanya agaknya berapa gaji pramugari atau pramugara yang sifat kerjayanya berkhidmat di atas awan ini.

Saya baru sahaja berbual-bual dengan salah seorang saudara yang bertugas dengan syarikat penerbangan Malaysia Airline (MAS), sekaligus berpeluang untuk bertanya kepada beliau serba sedikit tentang kerjaya sebagai pramugari.


Sumber foto — The Star

Kata beliau, gaji seorang pramugari tidaklah begitu banyak, gaji asas (basic) hanya sekitar RM1,800 ke atas. Namun yang membuatkan seseorang pramugari atau pramugara mendapat hasil yang lebih lumayan setiap bulan adalah elaun penerbangan yang diterima.

Dalam kata lain, lebih banyak terbang pagi banyak elaun yang diterima.

Jumlah elaun-elaun ini bergantung kepada destinasi penerbangan sebagai contoh jika seorang pramugari itu ditugaskan untuk terbang ke London, elaun penerbangan yang diterima ialah sebanyak RM400 sehari. Jika terpaksa bermalam selama 4 hari contohnya, maka elaun yang diterima adalah sebanyak RM1,600 (RM400/hari X 4 hari).

Elaun-elaun ini juga bergantung kepada negara mana seseorang pramugari itu ditugaskan.

Bagi pramugari atau pramugara yang ditugaskan untuk penerbangan dalam negara (domestik) pula, kebiasaannya elaun penerbangan lebih rendah. Menurut beliau sekitar RM50 hingga RM250 sahaja. Katanya lagi, elaun paling tinggi untuk penerbangan domestik adalah penerbangan ke BKI (Kota Kinabalu).

Selain itu katanya bagi seorang pramugari, mereka hanya dibenarkan bekerja sehingga umur 50 tahun sahaja. Bagi seorang pramugara pula, mereka dibenarkan untuk bekerja sehingga ke umur 60 tahun.

Katanya lagi, jumlah gaji dan elaun kerjaya tersebut berbeza mengikut syarikat penerbangan yang berbeza. Namun beliau menjangka gaji paling tinggi adalah MAS kerana syarikat penerbangan itu mempunyai banyak destinasi penerbangan negara-negara yang jauh.

Tempoh waktu kerja pula, bagi pramugari dan pramugara MAS mereka biasanya bekerja dalam pola 2 atau 3 hari bekerja, kemudian cuti sehari. — EdisiRakyat.com, 7 Mac 2017

No comments:

Powered by Blogger.