Ads Top

Kemalangan maut semalam pemandu terbakar kereta langgar pokok


SEORANG lelaki berusia 25 tahun ditemui mati terbakar di tempat duduk pemandu sebuah kereta jenis Proton Saga FLX selepas kenderaan dipandunya merempuh sebatang pokok dan terbakar dalam kemalangan maut semalam yang berlaku di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu.



Kemalangan pada waktu pagi itu berlaku betul-betul di depan Pejabat Pihak Berkuasa Lebuhraya Pulau Pinang berdekatan Batu Uban.

Pihak Polis George Town ASP Mior Faridalathrash Wahid telah mengesahkan identiti pemandu tersebut sebagai Oh Chun Guan.

"Dipercayai pemandu itu hilang kawalan dan melanggar sebatang pokok sebelum kereta terbakar ketika mangsa masih berada di dalam," katanya.

Pegawai Jabatan Bomba dan Penyelamat berkata, mereka menerima laporan tentang kejadian tersebut pada jam 7:54 am dan pihak bomba telah tiba di tempat kejadian dalam masa 5 minit, namun ketika itu api sudah pun terpadam.

Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat kata ASP Mior.

Kes tersebut telah diklasifikasikan sebagai kecuaian memandu di bawah seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987 — EdisiRakyat.com, 5 Mac 2017

No comments:

Powered by Blogger.