Ads Top

Korea Utara balas dendam halau Duta Malaysia dari negara itu

KERAJAAN Korea Utara dilaporkan telah melakukan satu tindakan yang disifatkan sebagai 'balas dendam' dengan mengistiharkan duta malaysia di negara itu sebagai persona non grata (orang tidak dikehendaki) dan memintanya meninggalkan negara tersebut dalam masa 48 jam bermula jam 10 pagi hari Ahad, lapor KCNA news.



Bagaimanapun, Duta Malaysia di Korea Utara, Mohamad Nizan (gambar) dilaporkan sudah lebih awal dipanggil balik ke kuala lumpur dan sudah tiba di lapangan terbang antarabangsa kuala lumpur pada 22 Februari 2017.

Duta besar Korea Utara di Malaysia, Kang Chol telah diistiharkan sebagai persona non grata pada 4 Mac 2017 oleh kerajaan Malaysia dan diberikan tempoh masa selama 48 jam untuk meninggalkan negara ini selepas beliau gagal untuk menghadirkan diri selepas dipanggil oleh Wisma Putra.

Penerbangan yang menggunakan pesawat Malaysia Airlines, MAS telah berlepas dari KLIA pada jam 6:25 petang hari Isnin yang mana beliau dijangkakan telah menempah tiket yang menghubungkan Beijing dengan Pyongyang, Korea Utara. — EdisiRakyat.com, 6 Mac 2017

ARTIKEL BERKAITAN — Kehidupan di Korea Utara 7 perkara yang pasti membuatkan anda berasa pelik

No comments:

Powered by Blogger.