Ads Top

Penunggang motorsikal maut terkena serpihan tayar lori meletup


SEORANG penunggang motosikal dilaporkan terbunuh dalam satu kemalangan ngeri melibatkan letupan tayar sebuah lori yang menyebabkan serpihannya terkena mangsa di Lebuhraya Utara Selatan.



Pihak Polis Hulu Selangor, OCPD Supt R.Supramaniam berkata penunggang motosikal terbabit, Hesham Ismail, 52 terbunuh di tempat kejadian selepas terkena serpihan daripada tayar meletup di KM429.8 berhampiran Kuala Kubu Baru.

"Lori berkenaan sudah dalam perjalanan di Lebuhraya Utara Selatan, tayar belakang di sebelah kanan lori itu telah meletup dan satu serpihan telah tercampak sebelum terkena kepada mangsa yang sedang menunggang motosikalnya di belakang lori tersebut," katanya.

Hesham maut akibat mengalami kecederaan serius di bahagian kepala tambahnya lagi.

Supramaniam berkata satu bedah siasat akan dilakukan dan kes tersebut kini dalam siasatan di bawah seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 sebagai kes kecuaian pemandu. — EdisiRakyat.com, 7 Mac 2017

1 comment:

  1. tayar celup ker lori tu pakai??

    ReplyDelete

Powered by Blogger.