Ads Top

Penyebaran penyakit melalui bersin, sejauh mana kuman boleh terbang

MENYEBUT tentang bersin, pasti membuatkan kita terfikir tentang bunyi 'achoo' dan kuman. Setiap orang mengalami pengalaman bersin dan kerap berasa tidak selesa jika bersin terlalu kerap jika berada di tempat yang ramai orang kerana bunyi bersin anda kadang-kadang menjengkel dan menjijikkan lebih-lebih lagi jika anda sedang selsema. Bersin juga menjadi medium penyebaran penyakit berjangkit berbahaya.

Tahukah anda bahawa bersih menjadi satu agen penyebaran kuman kerana ketika bersin, cecair berkuman yang dilontarkan keluar dari mulut anda.

Persoalannya, adakah anda dapat mengelakkan diri dari lontaran kuman daripada individu lain ditempat awam lebih-lebih lagi pada musim sejuk kerana setiap orang tidak dapat lari dari bersin.




Persoalan tentang bersin ini menarik minat para cerdik pandai membuat kajian. Mereka terdiri daripada para doktor, jururawat dan penyelidik perubatan yang dikenali sebagai 'sneeze-onologist' yang sedang mencari cara terbaik untuk mencegah penyebaran penyakit berjangkit melalui bersin.

Hasil kajian terkini, mendedahkan pemahaman baharu tentang bersin dan mendedahkan apa yang berlaku apabila kita bersin dan sejauh mana air liur dan lendir yang dibebaskan akan pergi.

Mengikut Dr. Scoot Davies, seorang doktor di pusat Heneppin Country Medical di pusat bandar Minnepolis, Amerika Syarikat yang pakar dalam merawat penyakit pernafasan, bersin terjadi apabila reseptor di dalam hidung mengesan iritasi.

Ia mungkin di sebabkan bauan seperti minyak wangi atau asap,debunga di udara atau bulu haiwan atau apa-apa yang menyebabkan alergi. Bagi sesetengah orang, udara sejuk atau cahaya matahari boleh mencetuskan refleks bersin.

Apabila reseptor hidung merasa kerengsaan, otak menerima isyarat dan badan bertindak balas secara sukarela.

"Refleks Itu mencetuskan tindak balas yang kuat yang melibatkan leher, dada, abdomen, diafragma," kata Dr Davies.

"Anda mencipta letupan secara paksa melalui hidung anda. Udara ini datang dari paru-paru anda, dan udara yang baru di sedut melalui hidung sebelum bersin menghasilkan tiupan besar udara.

Keadaan ini sama seperti keadaan pabila anda ingin meniup lilin," tambahnya lagi.

Persoalan kedua adalah apakah tujuan kita bersin?

"Bersin bertujuan untuk membersihkan", kata Jeanne Pfeiffer, seorang profesor di University of Minnesota School of Nursing dan pakar dalam pencegahan jangkitan dan kawalan penyakit.

Bersin adalah satu keadaan di mana hidung anda mengesan bendasing yang perlu disingkirkan. Lebih kerap anda bersin menandakan bendasing tersebut masih ada di dalam hidung anda.

Menurut satu kajian yang di jalankan oleh penyelidik di University of Pennsylvania di Philadelphia, ketika memegang cili, anda akan terasa ingin bersin kerana mukus di dalam hidung memerangkap bendasing yang di hidu dan dirembeskan keluar melalui hidung.

Dengan bersin dapat mengembalikan persekitaran hidung ke kedaan asal.

Untuk masa yang lama, pakar dalam bidang ini menyangkakan semburan cecair dari bersin hanya boleh pergi beberapa kaki jauh, tetapi jangkaan mereka meleset apabila rakaman video gerak perlahan pada bersin yang ditangkap baru-baru ini oleh Massachusetts Institute of Technology (MIT) menunjukkan sesuatu yang merisaukan.



Hasil kajian, seperti yang dinyatakan oleh penyelidik MIT dalam New England Journal of Medicine, menunjukkan bahawa semburan cecair itu merebak lebih jauh dari yang difikirkan kerana dibantu oleh awan berpusar.

"Titisan besar dari rembesan bersin tersebar sehingga 1.8 meter dari orang yang bersin," begitu yang ditulis oleh Dr Lydia Bourouiba yang merupakan ketua penyelidik di makmal MIT’s Fluid Dynamics and Disease Transmission.

"Titisan kecil pula boleh terperangkap di awang-awangan selama beberapa saat hingga beberapa minit, dan mendarat sehingga 5.8 meter jauh", tambahnya lagi.

Jadi, adakah sistem pertahanan badan anda kuat untuk menghalang jangkitan dari ruang udara yang dipenuhi kuman bersin?

Pastinya anda tidak anakn sempat untuk menjauhkan diri dari orang yang bersin secara tiba-tiba kerana ia berlaku terlalu pantas.

Orang yang sedang merasa ingin bersin yang perlu memainkan peranan untuk mengelakkan dia menjadi agen penyebar kuman.

Prof Pfeiffer mengesyorkan anda yang tidak sihat mencipta sedikit ruang untuk mencegah jangkitan. Ia boleh dikatakan sebagai jarak menjadi penghalang. Apabila seseorang itu tidak sihat dan tidak boleh duduk di rumah atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, jauhkan diri anda satu meter atau tiga kaki dari orang lain.

Satu ketika dulu, para cerdik pandai menyarankan agar kita menutup mulut dengan tangan apabila terasa ingin bersin.

Walaupun kaedah itu lebih baik dari bersin secara melongo, tetapi kaedah itu juga tidak bagus kerana apabila anda menutup mulut dengan tangan apabila bersin, wap air liur yang memerangkap kuman akan berpindah ke tangan anda dan kuman itu akan dipindahkan kepada permukaan yang anda pegang dan boleh menyebabkan kuman itu tersebar kepada orang lain apabila orang lain menyentuh permukaan yang sama.

Prof Pfeiffer dan pakar kesihatan yang lain menyarankan setiap individu bersin ke dalam tisu atau ke siku mereka agar dapat mengurangkan medium penyebaran kuman.



Bersin dianggarkan boleh bergerak dengan kelajuan sehingga 160km sejam.

Dr Davies menyatakan bersin yang kuat boleh mematahkan tulang rusuk anda dan terdapat kes-kes yang dilaporkan seperti itu walaupun jarang-jarang berlaku. — EdisiRakyat.com, 22 Mac 2017

No comments:

Powered by Blogger.