Ads Top

Suspek bunuh Kim Jong Nam sembunyi dalam Kedutaan Korea Utara

DUA Rakyat Korea Utara yang dikehendaki bagi membantu siasatan berhubung kematian adik beradik tiri pemimpin Korea Utara, Kim Jong Nam sedang bersembunyi di dalam bangunan Kedutaan Korea Utara di Kuala Lumpur lapor sumber berita Reuters yang memetik kenyataan Ketua Polis Negara pada hari Selasa.


Foto Kedutaan Korea Utara di Malaysia

"Berapa lama lagi mereka nak sembunyi di dalam kedutaan, lama-kelamaan mereka akan keluar juga," kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar kepada wartawan dalam satu sidang media.

Menurut Khalid, pihak berkuasa Korea Utara tidak memberikan kerjasama dalam penyiasatan yang sedang dijalankan. Kim Jong Nam dilaporkan telah dibunuh di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, KLIA2 pada 13 Februari 2017, oleh pembunuh upahan menggunakan ejen saraf VX.

Ejen saraf VX tersebut telah diklasifikasikan sebagai senjata pemusnah oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

Menurut Khalid lagi, pihak Polis akan tetap terus menunggu saspek korea utara yang dikehendaki pihak berkuasa negara ini "walaupun sehingga lima tahun," lapor Malaysiakini.

Menurut Khalid salah seorang suspek yang dimaksudkan adalah seorang kakitangan syarikat penerbangan Air Koryo.

"Jika dia tidak mahu tampil, kami akan paksa sebelum keluarkan waran tangkap," katanya.

"PDRM sedia mengeluarkan waran tangkap ke atas suspek terbabit dan kita juga bersedia untuk menunggu mereka serah diri, biarpun dalam masa 5 tahun lagi." tambahnya. — EdisiRakyat.com, 7 Mac 2017

1 comment:

  1. dlm cctv yg serkup tu pompuan yg pakai baju putih yg terpampang huruf besar LOL supaya seluruh dunia boleh nampak!

    dia dah kena tangkap. tak ada sapa lg yg dekat dgn mangsa selepas tu melainkan org malaysia.

    cari sapa lg?

    ReplyDelete

Powered by Blogger.