TMJ menang Presiden FAM kerana Annuar Musa tarik diri

JAWATAN Presiden FAM yang baru dilaporkan kini sah milik Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim selepas beliau diistiharkan menang tanpa bertanding bagi jawatan Itu selepas lawannya, Tan Sri Annuar Musa mengumum kan keputusan untuk menarik diri daripada merebut kerusi panas tersebut.



Annuar Musa dilaporkan berkata keputusan itu dibuat selepas mengambil kira komitmen TMJ terhadap bola sepak Malaysia dan perkenan titah Sultan Johor sebelum ini, katanya dalam satu kenyataan dalam sidang media yang diadakan hari ini.

"Setelah berfikir secara mendalam dan menimbang semua perkara, saya buat ketetapan untuk memberi penghormatan kepada calon yang satu lagi, Tunku Mahkota Johor agar baginda diberi kemenangan tanpa bertanding dan diistiharkan sebagai Presiden FAM yang baru" katanya.

"Komitmen dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh Tungku Mahkota Johor boleh jadi aset penting kepada FAM, sokongan dan perkenan duli Sultan Johor juga adalah penghormatan kepada bola sepak Malaysia. Justeru TMJ perlu diberi peluang yang seluas-luasnya untuk melakukan sesuatu untuk bola sepak Malaysia dan menunaikan segala janji Baginda," katanya pada sidang media yang diadakan di parlimen.



Ahli Parlimen Ketereh itu juga dilaporkan memberitahu bahawa keputusannya hari ini juga merupakan janji yang dikotakan terhadap Tunku Ismail.

Menurutnya, beliau ada menghantar kiriman SMS kepada Tunku Ismail pada 16 November lalu dan mencadangkan baginda sendiri memegang jawatan presiden FAM.

"Waktu itu saya ada berjanji untuk mengistiharkan ada baginda menang tanpa bertanding, hari ini saya tunaikan janji itu," katanya lagi.

Beliau juga dilaporkan sebagai berkata, selepas ini mahu menumpukan kawasan parlimen yang diwakilinya serta melengkakam persiapan bagi menghadapi pilihan raya umum ke-14 yang akan datang.

Selain itu jelasnya, keputusan yang dibuat untuk mengundurkan diri sekaligus memberikan kemenangan tanpa bertanding kepada TMJ dibuat tanpa desakan oleh mana-mana pihak.

"Tiada sebarang desakan, malah tak ada sesiapa pun yang tahu dan sehingga saya sebutkan ini, tiada siapa yang tahu. Saya buat keputusan sendiri," katanya lagi. — EdisiRakyat.com, 23 Mac 2017

Post a Comment

Previous Post Next Post