Ads Top

Warga emas 85 tahun mahu tawan puncak Everest sekali lagi


SEORANG warga emas berusia 85 tahun dan juga merupakan bekas Gurkha (askar Burma) merancang untuk memecahkan rekod dunia yang sudah dipegang oleh dirinya sendiri sebelum ini sebagai manusia paling tua menawan puncak gunung Everest.

Sekeping sijil Guinness World Record sudah tergantung dengan megah di rumah Min Bahadur Sherchan dari Katmandu, namun pada penghujung tahun ini di musim mendaki dalam musim panas dia berharap untuk mendapatkan sijil yang kedua untuk digantung di sebelah sijil pertama yang telah diperolehinya.



Sherchan telah mencipta sejarah pendakian pada tahun 2008 ketika berumur 76 tahun, namun rekod itu telah dipecahkan 5 tahun kemudian oleh seorang pendaki dari jepun bernama Yuichiro Miura yang telah berjaya menawan puncak setinggi 8,848 meter pada usia 80 tahun.

Sejak dari itu, Sherchan mula berusaha untuk merampas semula gelaran tersebut. Baginya usaha itu sekadar untuk membuktikan kepada dirinya sendiri bahawa dia boleh melakukannya.

"Sasaran saya bukanlah untuk memecahkan rekod sesiapa ini bukanlah pertandingan peribadi di antara individu, tetapi saya mahu memecahkan rekod saya sendiri," kata Sherchan kepada sumber berita AFP di ibu negara Nepal.

Sebagai rekod, Sherchan dan Miura sudah beberapa kali bersaing antara satu sama lain bagi merangkul gelaran manusia paling tua menawan puncak gunung Everest.

Dalam tahun 2008 mereka berdua telah berjaya menawan puncak gunung tertinggi di dunia itu, namun bekas askar Gurkha itu dinobatkan sebagai pemenang kerana umurnya setahun lebih tua berbanding pencabarnya Miura.

Ketika Miura merampas gelaran tersebut pada tahun 2013, Sherchan juga sedang bersedia untuk menawan puncak gunung tersebut bagi mengekalkan gelaran yang disandangnya.

Namun kelewatan menghantar permohonan mendaki menyebabkan dia gagal mendapat tempat untuk pendakian pada keadaan cuaca yang elok di bulan May tahun berkenaan.

Dalam tahun 2015 pula, Sherchan dalam perjalanan menuju ke gunung Everest ketika gempa bumi dahsyat melanda Nepal, mengakibatkan kematian hampir 95 orang termasuk 18 yang berada dalam kem mengakibatkan dia terpaksa berpatah balik.

"Segala halangan ini tidak pernah mematahkan semangat saya, saya tetap akan pergi," katanya.

Lebih 450 orang pendaki telah berjaya menawan puncak Everest tahun lalu, kebanyakkan mereka menggunakan permit yang dilanjutkan oleh kerajaan berikutan pembatalan pendakian pada tahun 2015 disebabkan oleh bencana gempa bumi.

Tahun ini dijangka suasana pendakian begitu sesak kerana tahun ini merupakan peluang terakhir untuk para pendaki yang terpaksa membatalkan pendakian sebelum ini akibat gempa bumi untuk melanjutkan permit pendakian mereka.

Sherchan yang juga merupakan bekas Gurkha British ketika zaman remajanya dan pernah berkhidmat selama 5 tahun mendakwa dia mempunyai wang persaraan yang cukup untuk mengembara "Moto peribadi saya ialah, saya ingin melakukan sesuatu yang tidak pernah dilakukan oleh orang lain sebelum ini,".

Merancang untuk menawan Everest dalam tahun ini, datuk yang mengalami masalah pendengaran itu mahu membuktikan bahawa umur bukanlah penghalang seseorang di dalam menghadapi cabaran.

"Dengan mendaki gunung Everest, pada umur seperti ini saya mahu meningkatkan tahap keyakinan diri untuk orang-orang tua dan memberikan inspirasi kepada generasi baru selain memberikan kebanggaan kepada Nepal," katanya.

"Semoga tuhan memberikan cuaca dan kesihatan yang baik kepada saya. Saya tidak menghidap sebarang penyaki, saya sentiasa sihat umur tidak akan menghalang saya," tambahnya lagi. — EdisiRakyat.com, 12 Mac 2017

No comments:

Powered by Blogger.