Anak susah makan sayur, cuba 9 tips ini agar sayur tidak lagi masalah untuk anak

Anak tidak suka makan sayur bukanlah sesuatu perkara yang baru bagi anak-anak yang sudah pandai memilih makanan.

Sebagai ibu bapa pasti kita merasa kuathir apabila anak-anak tidak mahu memakan sayur kerana bimbang mereka tidak mendapat zat yang cukup untuk tumbesaran yang sihat.

Kebiasaannya anak-anak pasti tidak akan memakan sayur tanpa paksaan dari ibu bapa. Sesetengah ibu bapa mungkin membiarkan anak mereka mengamalkan tabiat makanan mengikut cara mereka sendiri walaupun tabiat pemakanan tidak seimbang.



Tetapi ini tidak boleh dibiarkan kerana tabiat pemakanan anak-anak pada waktu kecil pemangkin kepada tabiat pemakanan mereka apabila besar dan sayur-sayuran adalah merupakan salah satu makanan yang penting dalam diet seimbang.

Daripada anda memaksa anak-anak anda memakan sayuran hijau, Apa kata anda cuba 9 tips in untuk menyakinkan anak anda memakan sayuran hijau tanpa rasa takut.

1. Elakkan anak anda merasa stress pada waktu makan

Waktu makan seharusnya adalah waktu yang menyeronokkan bagi anak-anak.

Menurut pakar dari institut sains pemakanan dan nutrisi, Ute Alexy dari Universiti Bonn Jerman, kanak-kanak haruslah dirangsang agar mempunyai rasa teruja apabila tiba waktu makan. Caranya adalah dengan memastikan tiada tekanan di meja makan di smaping suasana yang santai, masa makan yang tetap setiap hari dan hubungan kekeluargaan yang mesra di meja makan.

Ini akan mewujudkan perasaan yang positif pada makanan yang terhidang.

Memaksa anak memakan sayur, merasuah anak dengan upah jika makan sayur dan memarahi anak-anak yang tidak makan sayur akan mewujudkan aura negatif dan juga merupakan cara yang tidak produktif.

2. Tidak mudah melatah

Menurut penulis jurnal makanan Inga Pfannebecker, ibu bapa seharusnya tidak terlalu menjadikan isu anak tidak memakan sayur adalah satu masalah yang besar kerana anak anda akan mencipta satu permainan daripada tindakbalas anda yang keterlaluan kerana anak-anak sangat sukakan perhatian.

Mereka akan rasa memberi perhatian yang berlebihan apabila mereka tidak mahu memakan makanan mereka.

Sesetengah ibu bapa suka berjanji akan memberikan anak mereka makanan ringan dan pelbagai tawaran jika anak mereka mahu makan.

Menurut pakar pemakanan, leih banyak anda terlibat dalam permainan anak anda, lebih teruk cara pemakanan mereka.

3. Galakkan anak merasa tanpa memaksa

Ia adalah normal untuk kanak-kanak untuk mempunyai fasa di mana tabiat makan mereka agak tidak sekata. Selera mereka perlu dikembangan ke arah kepelbagaian makanan.

Adalah penting bahawa kanak-kanak dirangsang supaya sekurang-kurangnya cuba merasa segala-galanya di atas meja, walaupun ia hanya jumlah yang kecil.

Ibu bapa perlu memberitahu kepada anak-anak agar cuba merasa dan mereka boleh tidak mahu makan lebih banyak jika mereka merasa tidak gemar dengan sesuatu makanan pada waktu itu, tetapi mereka perlu mencuba pada lain kali.

"Ini untuk membantu mengembangkan deria rasa mereka, "kata Pfannebecker.

Kanak-kanak kadang-kadang perlu sehingga 15 ujian rasa sebelum menerima sesuatu yang baru. "Jangan berputus asa terlalu awal dan sentiasa menawarkan mereka sayur-sayuran lagi dan lagi," tambahnya lagi.

4. Mempelbagaikan cara hidangan

Makanan untuk anak-anak seperti makanan bebentuk jejari, makanan bergoreng dan makanan puree perlu disediakan dalam pelbagai cara yang boleh menarik perhatian anak-anak. Contohnya, anak-anak mungkin tidak menggemari karot yang dimasak sebaliknya lebih menggemari lobak merah mentah yang dipotong dalam bentuk jejari.

Buah-buahan dan sayur-sayuran yang boleh di makan tanpa di masak perlu diberikan kepada anak-anak dalam potongan saiz yang kecil agar mereka boleh menghabiskan potongan itu dan menambah kuantiti yang ingin di makan kemudian tanpa pembaziran.

Anda boleh juga menyediakan sos untuk dimakan bersama sayuran dan buah-buahan mentah seperti krim masam, keju dan juga tomato sos.

Tetapi anda perlu berhati-hati dan memantau anak anda ketika makan kerana kanak-kanak boleh tercekik dengan sayur-sayuran dan buah-buahan yang agak keras.

5. Menggabungkan makanan

Satu kaedah yang agak berguna untuk menggalakkan anak anda mencuba sayur-sayuran baru adalah dengan mencampurkan makanan yang digemari dan sayuran-sayuran baru yang ingin dikenalkan.

Menurut pakar pemakanan, dalam hidangan anak-anak perlu ada sekurang-kurangnya satu makanan yang mereka gemari untuk menarik selera mereka untuk makan.

6. Persembahkan sayuran dengan cara yang menarik

Ibu bapa boleh menarik perhatian anak-anak untuk makan dengan cara mengajak anak memakan sayuran dengan cara bermain.

Varisikan bentuk hidangan anak dengan dekorasi yang menarik contohnya menampilkan hiasan watak animasi dengan membentuk sayur-sayuran dengan menggunakan pisau pemotong agar kelihatan menarik untuk di makan anak-anak.



7. Biarkan mereka mengambil bahagian

Biarkan anak-anak mengambil bahagian dalam apa yang mereka ingin makan. Tanyakan kepada mereka apa yang mereka ingin makan dan tarik perhatian mereka ke arah sayur-sayuran dalam perbualan.

Contohnya, ketika anda ingin membeli bahan untuk memasak, tanyakan warna apa yang mereka gemari dan cari sayur-sayuran yang mempunyai warna seperti yang anak anda inginkan.

Ketika anda mula menyediakan hidangan untuk anak anda, tunjukkan serba sedikit apa yang ingin anda sediakan untuk mereka supaya merea tahu apa yang akan dihidangkan untuk mereka dan bersedia untuk makan.

8. Menyelitkan sayur-sayuran dalam hidangan

Menyembunyikan kewujudan sayur-sayuran di dalam hidangan anak-anak bukanlah satu kesalahan sebaliknya anda sedang dalam usaha menambah kuantiti pengambilan sayur-sayuran dalam diet anak anda.

Tidak salah jika anda membuat jus buh-buahan yang dicampur sayur-sayuran dan memberikan anak anda sos tomato yang dibuat sendiri.

Anda juga boleh melakukan helah membuat lempeng yang dimasukkan kentang dan juga kacang hijau dan memberikan nama yang unik yang dapat menarik perhatian anak anda untuk makan. Contohnya, lempeng kcang dan kentang di gelar "lempeng doraemon".

9. Tunjukkan satu contoh yang boleh menjadi ikutan

Kesemua tips di atas adalah tips yang bagus tetapi apa yang terbaik adalah jika adik beradik dan ibu bapa menjadi contoh yang terbaik dalam mengamalkan diet seimbang.

Jangan terlalu menekankan kepentingan sayur sahaja sebaliknya tekankan kepada anak-anak betapa pentingnya diet seimbang untuk kesihatan

Jika keluarga anda mengamalkan diet seimbang, pastinya memakan sayur bukanlah satu masalah kerana ia merupakan satu makanan rutin keluarga anda. . — EdisiRakyat.com, 4 April 2017

Post a Comment

Previous Post Next Post