Cara menghilangkan bulu ketiak, bulu kaki dan bulu di wajah secara alami

KEBANYAKAN wanita rimas dengan kehadiran bulu ketiak, bulu kaki dan bulu-bulu yang tidak diingini kerana mampu mencacatkan penampilan.

Terdapat pelbagai rawatan yang disyorkan menelan belanja yang tinggi tetapi tetap tidak berkesan untuk jangka masa panjang sehingga membuat ramai orang berputus asa dengan kehadiran bulu-bulu ini.

Tahukah anda bahawa terdapat rawatan mudah yang boleh dilakukan sendiri di rumah tanpa memerlukan kos yang tinggi dengan bahan-bahan semulajadi yang bukan sahaja selamat, tetapi mempunyai pelbagai khasiat lain.



Cara-cara yang boleh anda cuba adalah:

Campuran gula dan lemon untuk membuang bulu di wajah

Bahan-bahannya adalah:

- 2 sudu besar gula
- 2 sudu teh jus lemon
- 10 sudu besar air

Caranya:

1. Campurkan semua bahan-bahan di dalam mangkuk.

2. Pastikan gula tidak benar-benar larut agar dapat menghasilkan tekstur berbiji.

3. Sapukan campuran tadi pada wajah mengikut urutan arah bulu tumbuh.

4. Biarkan selama 15-20 minit.

5.Selepas 15-20 minit, gosok kulit wajah dan cuci hingga bersih.

6. Lakukan rawatan 2-3 kali seminggu dan pastinya bulu di wajah anda akan berkurangan dalam beberapa minggu.



Campuran gula, madu dan lemon untuk membuang bulu di ketiak dan kaki

Bahan-bahannya adalah:

- 1 sudu besar gula
- 1susu teh jus lemon
- 1 sudu teh madu asli
- 1-2 sudu teh tepung jagung atau tepung gandum
- sedikit air
- sehelai kain
- pisau mentega/ waxing spatula

Caranya:

1. Campurkan gula, madu dan jus lemon dalam mangkuk.

2. Kemudian, panaskan campuran tadi dengan api perlahan atau menggunakan microwave selama 1 minit sehingga sebati.

3. Kemudian sejukkan sebentar pada suhu bilik agar campuran tadi agak suam-suam.

4. Sementara itu, ambil tepung jagung/ gandum tadi dan sapukan pada bahagian yang mempunyai bulu yang ingin dibuang.

5. Ambil sudip untuk "waxing" atau pisau mentega, dan sapukan campuran tadi yang agak suam ke bahagian yang telah disapu tepung dengan lapisan nipis mengikut arah bulu itu tumbuh.

6. Gunakan sehelai kain dan tarik lapisan tadi selepas 2 minit.

Kaedah ini sangat berkesan ketika pertumbuhan bulu dalam keadaan minima. Pastikan anda mengaplikasikan kaedah ini sebelum terlambat. Selamat mencuba!— EdisiRakyat.com, 26 April 2017.

Post a Comment

Previous Post Next Post