Ads Top

Hina PM, Najip Ali mohon maaf kutuk Datuk Seri Najib Razak

MEDIACORP Channel 5 dan seorang selebriti popular dari Singapura, Najip Ali semalam membuat permohonan maaf kepada Datuk Seri Najib Razak kerana mengeluarkan kenyataan yang dianggap memberi serangan peribadi kepada Perdana Menteri Malaysia dalam satu segmen dalam rancangan  OK Chope!

Dalam kenyataan Najip Ali pagi semalam, Najip Ali yang sering terlibat dalam program televisyen Malaysia menunjukkan kekesalannya dan mengakui tidak sensitif kerana dengan tidak sengaja menjadikan Perdana Menteri Malaysia bahan lawak.



"Saya sedar bagaimana tidak sensitif dan berhati perutnya saya. Saya ingin memohon maaf tanpa syarat kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. Saya mohon maaf juga kepada penonton dan teman-teman saya dan berharap permohonan maaf saya diterima", katanya dalam nada kesal.

Pada rabu lalu bersamaan 29 Mac, Mediacorp Channel 5 telah menyiarkan satu siri persembahan komedi yang digelar OK Chope! yang mana terdapat satu segmen yang seolah-olah mempersendakan Datuk Seri Najib Razak.

Dalam segmen itu, peserta diminta untuk melengkapkan tempat kosong di dalam satu baris ayat iaitu: "Najib slams________for threatening Malaysia's progress".

Perkataan asal yang patut diisi adalah 'fake news' tetapi peserta-peserta memberi jawapan yang pelbagai yang seolah-olah menghina Datuk Seri Najib Tun Abduk Razak.

Dalam satu website, penonton yang menonton rancangan itu telah memberi maklum balas bahawa lawaknya bersifat tidak sensitif dan menghina Perdana Menteri Malaysia.

"Channel 5 dan pasukan produksi di sebalik penerbitan OK Chope! ingin memohon maaf kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kerana tidak sensitif dengan segmen pada episod minggu lepas.

"Kami memohon maaf tanpa syarat untuk kesilapan ini," kata Ketua Pegawai Khidmat pelanggan Mediacorp, Debra Soon yang turut mengakui kesilapan berkenaan.

Debra Soon juga menyatakan bahawa pihak produksi juga telah mengambil tindakan pantas dengan menyekat siaran ulangan rancangan itu yang membabitkan isu ini serta merta.

OK Chope ! merupakan satu siaran langsung mingguan yang menampilkan pelawak perlu membuat lawak tentang berita dan ehwal semasa yang dihoskan oleh Vernetta Lopez.—EdisiRakyat.com, 6 April 2017

1 comment:

  1. Kenapa rasa terhina? Kalau hina biasanya untuk perkara yang betul. Tapi kalau tak betul kita akan sebut fitnah.
    Jadi najib rasa terhina ke difitnah? Najib samanlah mereka. Hari2 rakyat kutuk tak peduli pun, malah makin ramai lagi menteri yang memperbodohkan rakyat.

    ReplyDelete

Powered by Blogger.