Ads Top

Kekurangan vitamin B12 pengaruhi perkembangan otak anak

SATU kajian baru mendapati bahawa kanak-kanak yang kekurangan vitamin B12 mempunyai banyak masalah menjalankan tugas kognitif seperti melengkapkan teka teki, mengenal huruf dan mentafsir perasaan kanak-kanak lain.



Kajian ini yang diketuai oleh penyelidik bernama Ingrid Kvestad dan kumpulannya di Universiti Penyelidikan di Bergen, Norway dimana mereka mengumpul sampel darah daripada 500 orang bayi di Bhaktapur, Nepal untuk mengeksperimen status B12 mereka.

Mereka mengambil sampel ini dari negara-negara berpendapatan rendah seperti Nepal dan khususnya​ di Asia Selatan dimana pengambilan daging dan produk harian yang lain adalah terhad dan kekurangan pengambilan vitamin B12 adalah sesuatu yang lazim.

Selepas 5 tahun sampel darah ini diambil, kumpulan penyelidik ini menghubungi 320 daripada kanak-kanak itu dan memberikan mereka ujian untuk menguji tahap perkembangan mereka dan ujian kognitif.

Hasil kajian mendapati, kanak-kanak 5 tahun yang kekurangan vitamin B12 tidak menunjukkan perkembangan yang baik dimana mereka sukar untuk mentafsir angka geometri yang kompleks, dan mengalami kepayahan untuk mentafsir emosi kanak-kanak lain.

Kekurangan pengambilan B12 menjejaskan perkembangan otak pada anak-anak kecil.

Ketika diminta memberi komen tentang kanak-kanak Nepal yang mengambil bahagian dalam kajian ini, Kvestad mengulas bahawa kanak-kanak ini bukanlah mengalami kekurangan vitamin B12 yang sangat teruk, tetapi hanya kurang pengambilan yang sepatutnya untuk perkembangan minda yang baik.

Bilangan kanak-kanak yang tidak mengalami perkembangan yang sepatutnya seperti kanak-kanak yang sebaya dengannya banyak terjadi di negara-negara berpendapatan rendah.

Berdasarkan kajian yang dibuat, kumpulan penyelidik ini mendapati bahawa membetulkan pengambilan B12 kanak-kanak ini di peringkat awal adalah salah satu langkah terbaik untuk membantu perkembangan yang sihat.

Mereka masih dalam kajian akhir untuk mengesahkan keputusan ujian mereka dalam ujian rawak terkawal.

Vitamin B12 boleh didapati dalam produk haiwan seperti ikan, daging, telur dan produk tenusu.

Tahap pengambilan B12 juga boleh dirangsang dengan pengambilan makanan tambahan seperti, bijirin yang diperkayakan dengan vitamin dan produk soya.

Hasil kajian penyelidikan ini telah diterbitkan dalam talian dan boleh dibaca dalam "American Journal Of Clinical Nutrition". — EdisiRakyat.com, 12 April 2017

No comments:

Powered by Blogger.