Kerajaan ke arah lanjutkan SOSMA selama 5 tahun lagi

 KERAJAAN telah membentangkan usul untuk melanjutkan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) selama lima tahun lagi.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed dipetik dalam  the star online sebagai berkata usul itu adalah perlu untuk membolehkan Akta itu untuk terus berkuat kuasa.



"Ini adalah kali pertama permintaan untuk melanjutkan Sosma sejak Akta itu berkuatkuasa pada tahun 2012," katanya Selasa lalu.

Lanjutan akta Sosma untuk lima tahun lagi akan bermula mulai 31 Julai.

Beliau dipetik sebagai berkata, persepsi bahawa polis menyalahgunakan kuasa dengan penahanan di bawah akta Sosma perlu dielakkan.

Beliau juga dipetik sebagai berkata lanjutan akta ini tidak akan mengubah kuasa polis untuk menahan mana-mana suspek selama 28 hari untuk menjalankan siasatan.

Nur Jazlan menjelaskan bahawa tempoh 28 hari diperlukan bagi polis untuk menjalankan siasatan ke atas suspek yang terlibat dalam kesalahan keselamatan, terutamanya di mana terdapat ancaman keganasan.

"Walau bagaimanapun, pada hakikatnya, polis akan memerlukan 21 hari untuk menjalankan siasatan, dan tujuh hari untuk mengemukakan kertas siasatan kepada Pendakwa Raya," katanya.

Nur Jazlan berkata Kementerian Dalam Negeri telah mengadakan sesi dengan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) pada 29 Mac untuk menjelaskan keperluan untuk sambungan.

"Saya menyeru kepada penggubal undang-undang untuk menyokong lanjutan Sosma kerana undang-undang ini adalah untuk keselamatan negara dan tidak melanggar hak asasi manusia.

"Saya berharap Ahli Parlimen pembangkang tidak mempolitikkan isu ini," kata beliau.

Sosma dibentangkan enam tahun lalu sebagai langkah khas pencegahan jenayah berdasarkan undang-undang yang sedia ada, seperti Kanun Keseksaan, untuk memberikan pihak polis kuasa untuk menahan suspek untuk tempoh masa yang tertentu. —EdisiRakyat.com, 5 April 2017

Post a Comment

Previous Post Next Post