Ads Top

Kerana filem "Die Beautiful", pesakit kanser minta jadi mayat yang cantik

SEORANG gadis Racine Pregunta, 20 tahun yang menemui ajal selepas puas bertarung nyawa melawan penyakit kanser osteosarcoma di Davao City, selatan Filipina membuat permintaan terakhir persis sebuah filem popular Filipina "Die Beautiful"

Cerita itu mengisahkan seorang lelaki transgender yang mati ketika dinobatkan sebagai ratu cantik. Dalam filem itu, watak utama meminta dia dipakaikan pakaian seperti selebriti yang berbeza di hujung-hujung kematiannya.

Racine yang meninggal dunia minggu lepas tahu bahawa saat kematiannya hampir tiba membuat permintaan terakhir untuk kelihatan cantik kepada ahli keluarganya.

Menurut kakaknya, Rolyn Pregunta, adiknya yang pernah menjadi model sambilan meminta mati dalam keadaan cantik pada 12 April, 5 hari sebelum kematiannya.

Dia meminta disolek oleh jurumekap artis sebelum dikebumikan, memakai sesuatu yang berwarna violet, biru dan hijau mint.

Kakaknya kemudian memuat naik gambar Racine didalam keranda dengan kapsyen yang menyentuh hati yang menunjukkan permintaan terakhirnya telah ditunaikan.

Dalam gambar itu kelihatan Racine terbaring di dalam keranda berwarna putih, disolek, dipakaikan baju berwarna putih dan diikatkan bunga di kepala.



Kapsyen yang berbunyi " Hari ini, permintaan kamu sudah tertunai dan aku dapat lihat kau tersenyum.

Dikala matahari terbenam, sahabat dan ahli keluarga berkumpul dan mengucapkan selamat jalan kepada Racine yang kini tidur dalam keadaan cantik selamanya.

Kau sentiasa dalam hati kami."

Dia dikebumikan di kawasan berdekatan kubur ayahnya.— EdisiRakyat.com, 23 April 2017.

No comments:

Powered by Blogger.