Ads Top

Kerana jalan berlubang, Majlis Perbandaran perlu bayar RM55,000 kepada pemandu

AKIBAT tidak menyelenggara lubang di jalan menyebabkan Majlis Perbandaran perlu membayar ganti rugi kepada seorang pengguna jalan raya. Seorang lelaki yang dikenali sebagai Scott Nicholas, 44 tahun sedang memandu ferrari 458 di sepanjang jalan utama berdekatan Ufford apabila dia dengan tidak sengaja telah melanggar sebuah lubang ditengah jalan.



Akibat perlanggaran itu, kereta jenis Italian sport yang dibeli dengan harga RM827,000 telah mengalami kerosakan di bahagian tayar dan sistem penggantungan dan menyebabkan kereta itu tidak boleh dipandu selama 3 bulan akibat komponen kereta itu yang perlu diganti perlu diperolehi dari Itali.

Akibat kemalangan itu yang dirasakan disebabkan kecuaian pihak berwajib yang patut menyelenggara jalanraya, dia telah membuat aduan di Mahkamah Tuntutan Kecil.

Keputusan mahkamah berpihak kepada Encik Nicholas yang menuntut Majlis Pembandaran untuk membayar RM55,000 sebagai ganti rugi.

Lubang yang sepatutnya diselenggara dengan hanya menggunakan kos sebanyak lebih kurang RM292 akhirnya menjadi lubang yang paling mahal di Peterborough.

Menurut Nicholas, Dia sedang memandu seorang diri di sepanjang jalan kira-kira jam 10.30 malam pada Mei tahun lepas apabila dia tiba-tiba terasa melanggar sesuatu di jalan raya yang menyebabkan beg udara keselamatan di bahagian penumpang terkeluar dan hampir menghempas ke arahnya.

Menurutnya lagi kereta itu adalah kebanggaan dan kegembiraannya. Dia jarang membawa kereta itu dan jarang sekali melalui jalan itu tetapi setelah kejadian itu dia tidak lagi mahu menggunakan jalan itu lagi kerana trauma.

Encik Nicholas yang berasal daripada Great Caterston membeli Ferrari enam tahun lalu selepas menjual perniagaan pembuatannya.

Setelah kejadian kemalangan itu, Nicholas telah melaporkan kejadian itu kepada majlis pembandaran dan telah membuat tuntutan insuran.

Dia dia menyatakan bahawa dia terpaksa membawa kes itu kepada mahkamah tuntutan kecil untuk mendapatkan ganti rugi dan berharap Majlis Perbandaran akan lebih mengambil berat tentang Isu berkaitan lubang di jalan kerana terdapat banyak insiden kemalangan yang disebabkan oleh lubang di jalan yang tidak diselenggara.

Jurucakap Majlis Bandar Peterborough mengesahkan tuntutan itu adalah yang terbesar yang mereka perlu bayar ekoran kejadian kemalangan berkaitan lubang yang tidak diselnggara

Mereka juga berkata ia adalah satu-satunya kes dimana mereka dipaksa untuk membayar ganti rugi yang berkaitan dengan jalan berlubang dalam tahun 2016/17.

Jurucakap itu berkata: "Jika terdapat mana-mana kerosakan dan jalan berlubang dikesan, mereka akan segera melakukan pemeriksaan dan melakukan penyelenggaraan dan lebih 6,000 jalan berlubang dibaiki tahun lepas.

Dengan beratus-ratus jalan raya untuk dipantau, mereka berharap orang ramai dapat memberi kerjasama dengan melaporkan sebarang masalah sebaik sahaja mereka melihat kerosakan jalan. Menurutnya dari 6000 kes kerosakan jalan yang dibaiki, lebih kurang 500 adalah hasil laporan orang ramai.

Menurut laporan oleh The Highways Agency, kos purata untuk membaiki jalan berlubang adalah lebih kurang RM292.—EdisiRakyat.com, 5 April 2017

No comments:

Powered by Blogger.