Ads Top

Khasiat halia dalam merawat migrain, pedih ulu hati dan sakit sendi

SUDAH berabad umum mengetahui bahawa halia mempunyai khasiat tersendiri dalam merawat pelbagai penyakit.

Halia kaya dengan pelbagai​ mineral seperti potassium, mangan, besi, magnesium juga kaya dengan pelbagai vitamin seperti vitamin A, C, dan E.



Ia juga berperanan menghalang fungsi prostaglandin yang memangkin kepada pengecutan otot, keradangan dan beberapa hormon.

Migrain adalah satu masalah kesihatan yang tiada penawar yang diakibatkan oleh gangguan peredaran darah.

Mengapakah halia baik untuk anda?

Kandungan potassium di dalam halia sangat perlu untuk membantu kestabilan kadar denyutan jantung dan mengawal tekanan darah.

Kandungan antioksidan yang tinggi boleh mengurangkan masalah pedih ulu hati.

Halia membantu mengurangkan sakit migrain kerana kebolehannya melegakan simptom migrain seperti sakit perut dan loya, dan merencatkan fungsi prostaglandin yang mana mampu menghalang pengecutan otot yang juga menjadi punca sakit kepala dan migrain.

Menurut satu kajian yang diterbitkan dalam "Phytotheraphy Research", halia adalah ramuan terbaik untuk merawat radang sendi.

Bahan aktif yang terdapat dalam halia iaitu gingerol mempunyai ciri anti keradangan yang mampu melegakan sakit sendi dan otot.

Ciri ini membantu memulihkan fungsi semulajadi buku lali, otot dan sistem saraf.

Anda hanya perlukan 5 minit dari masa anda untuk merawat diri dengan halia dengan cara menyediakan air halia yang kaya dengan pelbagai khasiat dan rasanya yang enak.

Bahan-bahannya:


  • 2 inci halia
  • 3 cawan air
  • Setengah biji lemon dan diperah jusnya
  • Sedikit madu




Cara penyediaan:


  1. Kupas kulit halia dan sagat.
  2. Tambahkan 2-3 cawan air bersama perahan jus dari setengah biji lemon.
  3. Tambahkan satu atau 2 sudu teh madu untuk memberi rasa manis dan kacau sehingga sebati.
  4. Sedia untuk diminum.

Minum kesihatan berasaskan halia ini bukan sahaja bagus untuk sakit migrain, sakit sendi dan pedih ulu hati, malahan bagus diamalkan setiap hari.

Ia bukan sahaja melegakan kesakitan, malahan dapat meningkatkan sistem metabolisma tubuh badan anda.

Amalkan setiap hari dan anda akan dapat lihat perubahan pada tubuh anda. Selamat mencuba!EdisiRakyat.com, 26 April 2017.


No comments:

Powered by Blogger.