Ads Top

Majikan mungkin akan dikenakan denda sehingga RM10,000 jika tidak tawarkan cuti bekerja pada 24 April

SEMPENA pertabalan Sultan Muhammad V sebagai Yang di-Pertuan Agong yang ke 15, 24 April telah di umumkan sebagai cuti umum di bawah Akta Cuti Umum 1951.



Menurut pengarah eksekutif Malaysian Employers Federation(MEF) Datuk Shamsuddin Bardon dirujuk sebagai berkata di dalam satu temubual oleh Chinese daily Sinchew, cuti umum telah diluluskan oleh kerajaan persekutuan dibawah seksyen 8 Akta Cuti Umum 1951.

Beliau dipetik sebagai berkata mana-mana majikan yang tidak memberikan cuti pada 24 April boleh berhadapan dengan sehingga RM10,000.

Dalam temubual itu, beliau juga dipetik sebagai menyatakan bahawa cuti yang diberikan ini adalah cuti yang istimewa yang diumumkan kerajaan persekutuan.

"Jika kerajaan negeri yang mengumumkan cuti, majikan berhak mempertimbangkan sama ada ingin memberikan cuti atau tidak, tetapi jika kerajaan perseketuan, di bawah Akta Cuti Umum 1951 yang mengumumkan cuti, majikan perlu patuhi atau mereka akan dikenakan denda sehingga RM10,000," tambahnya lagi.




Datuk Shamsuddin juga dipetik sebagai berkata bahawa kerajaan persekutuan jarang mengumumkan cuti dibawah seksyen 8 Akta Cuti Umum 1951 melainkan ia adalah berkaitan dengan kematian golongan Diraja atau ketua kerajaan.

Sementara itu, Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) Presiden Abdul Halim Bin Mansor dipetik sebagai berkata, pejabat kerajaan dan swasta  di setiap negeri perlu mematuhi cuti sebagai tanda hormat.

"Ia adalah satu bentuk penghormatan kepada YDPA. Saya faham bahawa sesetengah syarikat mungkin mempunyai rancangan pada hari itu, tetapi kerajaan persekutuan telah memberi notis 20 hari, jadi saya percaya perkiraan boleh dibuat. Jika syarikat memutuskan untuk tidak memberikan pelepasan kepada pekerja , mereka mungkin dihukum, "katanya seperti yang dipetik oleh Sinchew.

Beliau berkata bahawa jika pekerja diperlukan untuk bekerja pada hari itu, majikan mempunyai kewajipan membayar gaji sekali ganda.

"Saya tidak melihat mengapa majikan tidak mahu memberi cuti pada 24 April, kerana istiadat pertabalan Agong hanya berlaku sekali dalam lima tahun. Tetapi jika ada apa-apa sebab yang memerlukan pekerja mereka untuk bekerja, gaji sekali ganda perlu diberikan, "tambahnya lagi.

24 April 2017 telah diisytiharkan sebagai cuti umum sempena perasmian ke-15 Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V.

Menurut Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Ali Hamsa, dipetik sebagai berkata  Istiadat pertabalan  Sultan Muhammad V akan diadakan di Balairung Seri pada waktu pagi, manakala makan malam diraja akan diadakan di Dewan Santapan pada waktu malam. Dua acara perasmian lain akan diadakan pada Apr 20 dan 2 Mei.

"Pengumuman cuti umum telah diisytiharkan di bawah Seksyen 8 Akta Hari Kelepasan Am 1951 (Akta 369) bagi Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan, manakala Sabah dan Sarawak boleh mengambil tindakan itu mengikut undang-undang mereka",tambahnya lagi.— EdisiRakyat.com, 4 April 2017

No comments:

Powered by Blogger.