Mangsa rogol punyai masa depan yang baik dengan mengahwini perogolnya, kata MP BN

'MANGSA rogol akan mempunyai peluang untuk menjalani kehidupan yang sihat dan baik jika mereka berkahwin dengan perogol mereka'.  Begitu kenyataan yang dikeluarkan oleh  Ahli Parlimen Tasek Gelugor Datuk Shabudin Yahya di dalam persidangan Dewan Rakyat semalam seperti yang dipetik dalam New Straits Times.



Menurut beliau, kanak-kanak perempuan berusia antara sembilan hingga 12 tahun adalah bersedia dari segi fizikal dan rohani untuk masuk ke alam perkahwinan.

"Mereka mencapai akil baligh pada usia sembilan atau 12 dan pada masa itu, keadaan fizikal badan mereka sudah serupa dengan mereka yang berusia 18 tahun.

"Sebagai mangsa rogol, jika dia boleh berkahwin dengan orang yang merogolnya, dia tidak perlu melalui masa depan yang gelap."

"Sekurang-kurangnya dia mempunyai seseorang yang boleh menjadi suaminya. Jadi, ini mampu menyumbang kepada pengurangan  masalah sosial," katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang  Kesalahan Seksual  Kanak-Kanak semalam.

Beliau berkata demikian ketika membantah pindaan kepada rang undang-undang yang dicadangkan oleh DAP Kulai MP Teo Nie Ching yang mahu rang undang-undang itu dipinda yang mahu melarang perkahwinan dengan kanak-kanak.

Pindaan yang dicadangkan ditolak dan rang undang-undang itu kemudiannya diluluskan tanpa perubahan besar.

Dalam menjelaskan lagi sebab bagi pendapatnya, Shabudin menegaskan bahawa ia juga tidak adil untuk menganggap bahawa seseorang yang melakukan kesalahan seksual akan terus menjadi seorang yang jahat.

"Mungkin dia bertaubat, atau menyesal. Adalah lebih baik untuk mempunyai orang-orang yang sudah menyesal dan daripada orang yang tidak mempunyai rasa bersalah", tambahnya lagi.

"Jadi dalam kes ini, janganlah kita meletakkan andaian bahawa orang itu akan kekal jahat. Perkahwinan boleh menjadi jalan keluar bagi mereka yang bermasalah," katanya.

Bekas hakim mahkamah Syariah mempertahankan undang-undang yang sedia ada yang membolehkan kanak-kanak yang hendak berkahwin selagi ibu bapa atau penjaga mereka mendapatkan kebenaran daripada Mahkamah Syariah. —EdisiRakyat.com, 5 April 2017

Post a Comment

Previous Post Next Post