Ads Top

Pekerja maut dikisar mesin kelapa sawit

SEORANG pekerja kilang penapisan minyak sawit maut selepas terjatuh ke dalam mesin pemprosesan buah-buahan di Felda Tersang dekat Kuala Lipis, semalam.

Menurut satu sumber, lebih kurang jam 10.00 pagi mangsa bersama 8 orang lagi petugas kontrak mahu berehat setelah selesai menyiapakan kerja-kerja memasang batu bata di kebuk pendidih no.1.

Ketika mangsa menuruni tangga dari bumbung kebuk pendidih, kaki mangsa terpijak pada penutup mesin pengisar bergerak menuju kebuk pendidih menyebabkan mangsa tergelincir dan terjatuh ke dalam mesin pengisar bergerak itu.



Dia disahkan meninggal dunia di tempat kejadian kerana kecederaan parah akibat dikisar oleh mesin itu.



Kemalangan itu disaksikan oleh rakan sekerja mangsa yang kemudiannya memaklumkan majikannya untuk mendapatkan bantuan.

Ketua Polis Daerah Kuala Lipis Supt Azry Akmar Ayob berkata, pihak polis terpaksa meminta bantuan daripada anggota bomba untuk mengeluarkan mayat mangsa, yang tersepit di dalam mesin pemprosesan kelapa sawit itu.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lipis untuk bedah siasat. — EdisiRakyat.com, 13 April 2017

No comments:

Powered by Blogger.