Ads Top

Pelajar sekolah mati dipukul abang kekasih

SEORANG pelajar tingkatan empat SMK Kuhara Tawau ditemui mati oleh ibunya selepas 12 jam pulang ke rumah dipercayai dipukul oleh abang kekasihnya.

Menurut The Star, ibunya dipetik sebagai berkata anaknya pulang ke rumah dalam keadaan hidung berdarah dan memberitahu dia dipukul oleh orang yang tidak dikenali sebelum minta masuk ke bilik untuk berehat lebih kurang jam 8 malam Ahad lalu.



Menurut polis Tawau, Assistant Komisioner Fadil Marsus yang menerima laporan menyatakan ibu mangsa menyedari anaknya sudah tidak bernyawa apabila dia masuk ke dalam bilik anaknya jam lebih kurang 7.30 pagi untuk memeriksa keadaan anaknya di rumah mereka di Kg. Pisang dekat Tawau.

Susulan itu, polis telah menahan seorang lelaki tanpa dokumen berusia 19 tahun yang merupakan abang kekasihnya dan kekasih mangsa untuk siasatan.

Hasil siasatan awal mendapati mangsa telah pergi ke taman permainan Taman Sentosa untuk berjumpa kekasihnya yang berusia 15 tahun yang mana telah dikesan oleh suspek lebih kurang jam 6 petang.

Suspek naik berang dan bertanya ke mana mangsa mahu membawa adik perempuannya kerana dia pernah melarikan diri dari rumah dengan suspek sebelum ini.

Suspek kemudiannya menyuruh adiknya pulang ke rumah dan kemudian menumbuk mangsa sebelum mangsa cuba melarikan diri.

Suspek mula mengejar mangsa sambil membawa sebatang kayu untuk memukul mangsa di kepala sebelum mangsa jatuh terpijak lumpur.

Dua saksi yang melihat kejadian itu cuba meleraikan pergaduhan itu dan menyuruh mangsa pulang.

Pihak polis menjumpai sebatang kayu yang dipercayai digunakan sebagai senjata untuk memukul mangsa.

Polis percaya motif jenayah adalah kerana ingin menghalang mangsa menjalinkan hubungan dan berjumpa dengan adik perempuan suspek.— EdisiRakyat.com, 25 April 2017.

No comments:

Powered by Blogger.