Peminat kena tipu beli tiket K-Pop atas talian

SEORANG pelajar berusia 21 tahun yang hanya mahu dikenali sebagai Koh, membuat laporan bahawa dia telah ditipu ketika ingin membeli tiket untuk menonton sebuah konsert K-Pop yang berharga RM180 di atas talian.

Sewaktu ditemubual oleh pemberita ketika berada di Jabatan Perkhidmatan Awam dan Aduan MCA semalam, Koh menyatakan bahawa dia teruja untuk menonton mini konsert sebuah kumpulan K-Pop yang dikenali sebagai Rookie di Damansara yang akan berlangsung pada 23 April ini.



Dia kemudiannya meninggalkan komen di sebuah laman Facebook rasmi yang mengendalikan acara itu pada 31 Mac menyatakan hasratnya untuk membeli tiket.

Pada hari yang sama. dia menerima mesej peribadi di Facebook daripada seorang wanita yang menggunakan nama Wong Mei Kei.

Wanita itu mendakwa dia adalah seorang pekerja syarikat itu yang mengendalikan penjualan tiket.

Dia kemudian diminta membayar harga tiket sebanyak RM180 atas nama pemilik akaun Tan You Shen sebagai bayaran tempahan tiket dan memasukkan wang tersebut ke dalam akaun seperti yang diminta.

Dia kemudiannya menerima mesej menerusi aplikasi whatsapp dari Tan yang menyatakan bahawa dia boleh mngambil tiket yang ditempahnya dengan membeli dua lagi tiket.

"Lelaki yang bernama Tan itu seperti mendesak saya memasukkan wang sebanyak RM360 untuk dua lagi tempahan tiket dan saya mula mengesyaki sesuatu yang tidak kena", kata Koh seperti yang dipetik dalam The star.

Lelaki yang bernama Tan itu memberitahu saya bahawa seorang pembeli lain bernama Amy akan memasukkan wang itu kembali kepadanya.

"Saya menolak untuk memasukkan wang itu menyebabkan Tan dan seorang wanita bernama Amy terus menggangu saya dan mengugut untuk menyebarkan kononnya saya dan keluarga saya adalah penipu", tambahnya lagi.

Dia kemudiannya mengambil keputusan untuk membuat laporan polis.

Menurut ketua jabatan Datuk Seri Michael Chong berkata, lima kes serupa berlaku tahun lalu dan beliau percaya sindiket yang sama terlibat.

"Dua wanita telah ditipu RM2,241 tahun lepas apabila mereka membeli tiket untuk dua acara," katanya, sambil menambah bahawa tiga lagi hampir ditipu juga.

Ketua Pegawai Eksekutif, Kinnix Chan yang bertanggungjawab dalam menguruskan penjualan tiket yang sah menasihatkan orang ramai untuk berurusan secara terus dengan pihak penganjur dan ejen tiket yang sah.

"Jika anda mempunyai keraguan, hubungi penganjur secara langsung, '' katanya.— EdisiRakyat.com, 12 April 2017

Post a Comment

Previous Post Next Post