Ads Top

Pesawat tergelincir di Lapangan Terbang Sibu, lebih 3000 terkandas

LEBIH 3,000 penumpang dilaporkan terkandas selepas 48 penerbangan pesawat di Lapangan Terbang Sibu dibatalkan penerbangannya akibat penutupan lapangan terbang tersebut sehingga jam 10 malam hari Ahad.

Ini rentetan peristiwa sebuah pesawat Malaysia Airlines, MAS MH2718 yang dilaporkan tergelincir ketika mendarat di Lapangan Terbang Sibu pada jam 10:17 malam hari Sabtu.



Dalam satu kenyataan Malaysia Airports Holding Bhd yang dipetik oleh sumber berita tempatan, penutupan itu dilaporkan bagi membolehkan siasatan terhadap insiden tersebut dijalankan selain untuk membaiki pesawat yang rosak.

Rancangan awal adalah untuk menutup lapangan terbang sehingga jam 10 pagi hari Ahad.

Pengurus Lapangan Terbang Sibu, Zainuddin Abu Nasir dilaporkan memaklumkan kepada wartawan bahawa penutupan lapangan terbang telah menyebabkan pembatalan penerbangan 28 pesawat Maswing, 16 AirAsia dan 4 MAS, sekaligus menjejaskan 3,787 penumpang.

Pesawat Boeing 737-800 membawa seramai 61 penumpang serta enam anak kapal Ketika Dia tergelincir sewaktu mendarat dalam satu posisi yang sukar.

Kesemua individu yang berada di atas kapal telah berjaya diselamatkan melalui rakit gelongsor dan tiada kecederaan dilaporkan. Punca insiden masih lagi disiasat oleh Jabatan Penerbangan Awam, DCA.

Sumber berita tempatan melaporkan bahawa pesawat tersebut cuba mendarat ketika hujan lebat. — EdisiRakyat.com, 9 April 2017

No comments:

Powered by Blogger.