Samsung tawarkan rebat RM200 untuk Galaxy J5 Prime dan Galaxy J7 Prime

SYARIKAT elektronik gergasi Korea Selatan Samsung menawarkan rebat RM200 untuk pelanggan yang menukar ganti telefon pintar lama mereka dengan telefon bimbit keluaran terbaru mereka samsung Galaxy J5 Prime, atau Galaxy J7 Prime.

Syarikat Samsung Malaysia berkata pelanggan boleh mendapat rebat dengan urusan jual beli melalui kaedah tukar ganti apa-apa jenama telefon pintar mereka yang masih boleh digunakan yang mana menurut syarikat itu tidak perlu berada dalam keadaan sempurna. Mereka boleh mendapatkan samsung Galaxy J5 Prime dengan harga RM699 berbanding harga asal RM899   dan samsung Galaxy J7 Prime dengan harga RM999 berbanding harga asal  RM1,199, masing-masing.

Samsung Galaxy J5 Prime

Syarikat itu berkata bahawa tawaran selama sebulan itu adalah sah mulai esok hingga 21 Mei 2017, di mana-mana kedai yang mengambil bahagian dan Samsung Experience Stores.

Naib Presiden Samsung Malaysia Electronics yang bertanggungjawab dalam pengurusan unit IT & Perniagaan Mobile, Lee Jui Siang berkata, 'syarikat itu mahu pengguna mendapat pengalaman baru mencuba telefon mudah alih yang diperkenalkan syarikat itu.

Ini adalah peluang keemasan bagi mereka untuk meluaskan pengalaman dalam penggunaan telefon mudah alih. Galaxy J5 Prime dan J7 Prime adalah produk yang sangat bagus yang diadaptasi dari pelbagai model Galaxy J.

Samsung Galaxy J7 Prime

Pada masa yang sama, kami sedang dalam usaha menggalakkan pengguna hari ini untuk menyingkirkan telefon bimbit mereka yang tidak digunakan dengan cara yang paling mesra alam dan seselamat yang mungkin," kata beliau dalam satu kenyataan media hari ini yang dipetik dalam New Straits Times.

Meletakkan kedua-dua model tersebut sebagai  telefon pintar yang terbaik untuk mengambil gambar 'wefies", syarikat itu berkata bahawa kedua-dua model mempunyai 13MP kamera belakang, dengan kanta aperture f1.9 untuk imej yang terang, walaupun dalam pencahayaan yang kurang.— EdisiRakyat.com, 14 April 2017

Post a Comment

Previous Post Next Post