Ads Top

Suami durjana,terima upah RM20 dan tonton isteri dirogol dua kali

SEORANG isteri berusia 63 tahun berasal dari Padang Sanai, Kedah menderita apabila dirogol oleh lelaki sama sebanyak dua kali sambil di tonton suami yang sepatut melindunginya.

Sekadar gambar hiasan.

Menurut sumber yang dipetik dari New Straits Times, mangsa mendakwa pengalaman pahitnya bermula pada Mac 21 apabila suaminya yang berusia 69 tahun itu meminta rakannya untuk datang ke rumah mereka untuk memberi urutan kepadanya.

Sumber itu berkata, mangsa enggan disentuh oleh lelaki berusia 61 tahun, tetapi tidak boleh melawan kerana takut dipukul suaminya yang panas baran.

Suspek kemudian didakwa mula mengurut kaki mangsa sebelum merogol mangsa secara paksa dengan disaksikan suaminya yang berdiri di sebelah katil mereka.

Selepas melakukan perbuatan menjijikkan itu, mangsa mendakwa perogol telah membayar RM20 kepada suaminya sebagai upah  menonton beliau diserang secara seksual.

Sumber dipetik sebagai berkata, mangsa akhirnya terpaksa memberanikan diri untuk membuat laporan polis semalam selepas dia telah dirogol buat kali kedua pada hari Ahad lalu oleh orang yang sama, yang sekali lagi membayar suaminya RM20 selepas melakukan perbuatan terkutuk itu kepadanya.

Ketua Polis Padang Terap, Deputi Superintendan Ahmad Nasir Jaafar mengesahkan bahawa suami mangsa dan rakannya sudah ditahan 6 april lalu.

Menurut sumber, Ahmad Nasir menyatakan bahawa  polis telah mendapat perintah reman selama seminggu terhadap kedua-dua tertuduh itu bermula semalam untuk siasatan lanjut.

Kes itu disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol yang membawa hukuman maksimum penjara 30 tahun dan sebatan, dan juga di bawah Seksyen 372B Akta yang sama, yang membawa hukuman penjara sehingga satu tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.—EdisiRakyat.com, 8 April 2017

1 comment:

  1. beri hukuman maksima kepada 2 orang binatang ini,,,,,,,,

    ReplyDelete

Powered by Blogger.