Ads Top

Tuduhan Rafizi PAS terima dana 1MDB, 300 peratus palsu kata Hadi Awang

PRESIDEN Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilapor menyifatkan dakwaan Rafizi bahawa parti itu menerima sejumlah wang daripada 1MDB sebagai 300 peratus palsu.

Menurut Hadi, sebagai seorang Islam Rafizi patut sedar bahawa tuduhannya adalah "300 peratus palsu"


"Saya maafkan dia untuk dosa-dosa yang dia telah lakukan dengan menuduh parti menerima duit (daripada 1MDB) tetapi dia harus meminta pengampunan daripada Allah," katanya kepada wartawan ketika tiba di lapangan terbang Sultan Mahmud lewat petang semalam lapor NST.

"Sebagai seorang muslim dia patut sangat faham tentang dosa dan pahala," katanya lagi.

Hadi dilapor berkata demikian sebagai menjawab dakwaan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mengesan aliran dana daripada 1MDB kepada seorang individu yang rapat dengan kepimpinan Pas.

Dalam satu kenyataan pada hari Khamis, Rafizi mendakwa beliau memiliki bukti menyokong dakwaannya dan mencabar Hadi untuk menjawab tuduhan itu.

Rafizi bagaimanapun dilapor enggan mendedahkan identiti individu tersebut, katanya beliau hanya akan membuat demikian selepas membuat satu laporan kepada SPRM dalam beberapa minggu yang akan datang.

Hadi disambut oleh para penyokongnya di lapangan terbang selepas dikatakan berjaya untuk membentangkan usul persendirian RUU355 bagi memperkasakan kuasa Mahkamah Syariah di parlimen. — EdisiRakyat.com, 11 April 2017

6 comments:

  1. AKU LEBIH PERCAYAKN DAKWAAN RAFIZI BERBNDING LEBAI NI

    ReplyDelete
  2. Biasanya rafizi bercakap dengan data n Fakta .. Tunggu la

    ReplyDelete
  3. Hehehe...Yb Marang ni dah Mereng, nk kawen dgn AMNO perangai pun mesti cam AMNO gak hehehe

    ReplyDelete
  4. bila bab kena pada kau, ingat dosa pahala. tapi tang kau tuduh org /gelar org tak pulak timbul dosa/pahala.

    ReplyDelete
  5. rafizi=genting??

    ReplyDelete
  6. Katalah 90 juta % palsu........... hi hi hi hi

    ReplyDelete

Powered by Blogger.