Ads Top

200 banduan larikan diri beramai-ramai dari penjara sebelum Solat Jumaat

DIANGGARKAN seramai 200 orang banduan daripada sebuah penjara yang begitu padat di Pulau Sumatera, Indonesia melarikan diri pada hari Jumaat.

Mereka berjaya melarikan diri selepas mengoyakkan sebuah pagar berdekatan dengan masjid di dalam kawasan penjara selepas dibenarkan keluar daripada sel masing-masing untuk menunaikan solat Jumaat.

Para banduan sebelum ini telah mengadu tentang layanan buruk yang diberikan terhadap mereka di penjara Pekanbaru, daerah Riau dan menuduh segelintir pengawal keselamatan penjara bertindak kejam ke atas mereka kata Ferdinand Siagian, Ketua Pejabat Wilayah Kementerian Undang-undang.





"Inilah yang telah mencetuskan insiden sebelum solat Jumaat," kata Siagian kepada Metro TV.

Guntur Aryo Tejo, seorang jurucakap polis Riau dilaporkan sebagai berkata seramai 77 banduan telah berjaya ditangkap semula daripada 200 orang yang telah melarikan diri.

Rakaman televisyen menunjukkan seorang pegawai polis yang mengenakan pakaian serba hitam sedang memegang seorang lelaki yang dipercayai antara banduan yang berjaya ditangkap semula.





Penjara berkenaan mempunyai kapasiti untuk menempatkan sehingga 700 orang banduan, namun kini ia telah digunakan untuk menempatkan kira-kira 1,800 orang banduan. — EdisiRakyat.com, 6 Mei 2017

No comments:

Powered by Blogger.