Ads Top

Bahana makan ikan mentah, cacing ditemui dalam perut penggemar sushi

SEORANG doktor mengingatkan orang ramai yang gemar memakan makanan Jepun agar berhati-hati dengan kemungkinan jangkitan Anisakiasis.

Doktor tersebut telah menemui larva parasit melekat di usus pesakit yang mendapatkan rawatan di klinik akibat muntah-muntah dan demam selsema.

Doktor yang juga seorang pakar pemakanan dari Portugal ketika merawat pesakit itu terpaksa melakukan ujian darah untuk mengesan punca penyakit dari simptom-simptom yang dialami dan mendapati terdapat keradangan sederhana dan kesakitan pada bahagian bawah tulang rusuk pesakit itu.

Menurut laporan doktor itu yang disiarkan dalam Jurnal Perubatan British, pesakit berusia 32 tahun yang tidak dapat dipastikan identitinya ketika disoal mengenai sakitnya memberitahu dia baru telah memakan sushi sebelum itu dan doktor menjangkakan dia menghidap anisakiasis.



Anisakiasis adalah sejenis jangkitan parasit daripada sejenis cacing iaitu anisakid nematodes yang boleh menyerang dinding perut dan usus manusia.

Ini disebabkan pemakanan makanan mentah seperti ikan dan sotong yang telah dijangkiti cacing parasit ini.

Doktor yang melakukan prosedur endoskopi pada lelaki itu, memasukkan tiub panjang dengan kamera ke dalam perut.

Mereka mendapati larva cacing parasit itu melekat pada lapisan usus dan menyebabkan bengkak dan radang kepada pesakit.



Pasukan perubatan di Lisbon menggunakan sejenis jaring khas untuk menghapuskan larva itu dan gejala yang dialami pesakit itu dapat segera diatasi.

Beliau menambah bahawa kebanyakan kes-kes anisakiasis setakat ini dilaporkan di Jepun tetapi memberi amaran bahawa ia mula menular di negara-negara barat.— EdisiRakyat.com, 18 Mei 2017

No comments:

Powered by Blogger.