Denda RM250 jika tidak asingkan sampah Mulai 1 Jun

MULAI 1 Jun, denda RM 250 akan dikenakan ke atas mereka yang didapati tidak mengasingkan sampah yang tidak boleh digunakan dengan bahan yang boleh dikitar semula.

Setiausaha Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) Yew Yung Seang dipetik sebagai berkata kepada The Star bahawa denda ini adalah bagi mereka yang gagal mematuhi pengasingan sisa mengikut jenis.

Beliau menambah bahawa tempoh selama setahun telah diberikan untuk orang ramai membiasakan diri dengan dasar ini.

Pemeriksaan mingguan rawak akan mula dijalankan di sekitar Pulau Pinang oleh MBPP dibawah oeprasi kawal selia pengasingan sisa.



Yew menggesa rakyat Pulau Pinang untuk memberikan kerjasama untuk mengasingkan sampah mereka yang mana peratusan sisa perlu dikurangkan untuk meningkatkan jangka hayat tapak pelupusan sampah.

Di bawah dasar itu, penduduk di kawasan perumahan perlu meletakkan sampah dari sumber yang boleh dikitar semula mereka seperti kertas, plastik dan aluminium di tepi tong sampah untuk kutipan pada hari Sabtu jam 2 petang hingga 5 petang di Pulau dan lapan pagi hingga 4 petang di tanah besar oleh lori majlis.

Bagi penduduk di bangunan yang tinggi, badan badan pengurusan bersama atau Perbadanan pengurusan akan mengendalikan sistem pengasingan sisa.

Pengurusan Apartment juga perlu mewujudkan ruang untuk penduduk melupuskan bahan bahan buangan dan menguruskan pengambilan sisa oleh syarikat syarikat kitar semula.— EdisiRakyat.com, 27 Mei 2017

Post a Comment

Previous Post Next Post