Empat perompak bersenjata pistol dan parang ditembak mati

EMPAT lelaki ditembak mati dalam satu kejadian berbalas tembakan di Wangsa Maju selepas merompak seorang warga Cina dan melarikan wang milik mangsa sebanyak RM40,000.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Bandar, Senior Asistant Komisioner Rusli Mohamad Isa ketika ditemubual sumber di tempat kejadian dipetik sebagai berkata keempat-empat suspek yang merupakan Geng Civic telah mengekori mangsa yang baru mengeluarkan wang dari sebuah bank di Sri Gombak.

Selepas mengeluarkan wang, mangsa berusia 32 tahun itu menaiki teksi menuju ke Institut terjemahan dan buku di Wangsa Maju untuk menyelesaikan beberapa hal berkaitan perniagaannya.

Ketika menuruni teksi berkenaan, suspek terus meluru ke arah mangsa dengan bersenjatakan parang dan sedikit pergelutan berlaku menyebabkan mangsa mengalami kecederaan di tangan dan terjatuh sebelum mereka berjaya melarikan wang bernilai RM40,000.



Polis yang melakukan rondaan di kawasan itu menyedari kejadian itu mengepung kawasan berkenaan dan berlaku kejadian berbalas tembakan sebelum ke empat-empat suspek mati ditembak di mana 3 mayat berada di dalam kenderaan jenis Honda Civic dan 1 lagi di luar.

Siasatan awal menemukan dua pucuk pistol dan dua bilah parang di tempat kejadian bersama wang rompakan bernilai RM40,000 sambil menambah menemui 11 kelongsong peluru di tempat kejadian.



3 daripada 4 suspek merupakan warga Indonesia manakala seorang lagi merupakan penduduk tetap yang berumur antara 37 hingga 49 tahun.

Sumber video: Harian Metro

Kes akan disiasat kerana menyamun, cubaan membunuh dan penggunaan senjata api.— EdisiRakyat.com, 12 Mei 2017

Post a Comment

Previous Post Next Post