Ads Top

Gerakan baju merah minta David Teo Mohon Maaf Kepada Semua Rakyat Malaysia

SUSULAN pergaduhan antara pelakon dan pelawak Sulaiman Yassin yang lebih dikenali sebagai dengan David Teo semasa dialog di Seri Perdana Rabu lalu, berapa anggota gerakan baju merah berhimpun di luar pejabat penerbit filem tersebut semalam untuk menuntut permohonan maaf daripada beliau yang dianggap biadap di hadapan Datuk Seri Najib Tun Razak semasa dialog transformasi negara 2050 (TN50).

Kumpulan itu yang terdiri daripada wakil-wakil dari beberapa NGO seperti Gerakan Memartabatkan Pejuang Negara (GMPN), berkata tindakan David Teo itu tidak dapat diterima kerana dia telah mencemarkan satu majlis rasmi yang dihadiri oleh Perdana Menteri.

Menurut ketua kumpulan Mejar (Bersara), Razali Zakaria ketika ditemubual di luar pejabat Metrowealth oleh sumber dipetik sebagai berkata tindakan perlu diambil terhadap David Teo untuk memberi pengajaran kepada semua rakyat Malaysia agar tidak bertindak biadab pada Majlis Rasmi yang dihadiri oleh Perdana Menteri.




David Teo pada ketika itu tidak berada di pejabat metrowealth ketika kumpulan itu berkumpul di luar pejabatnya.

Kumpulan itu menuntut David Teo membuat permohonan maaf secara terbuka kepada semua rakyat Malaysia kerana pada hemat mereka permohonan maaf yang dibuat dalam majlis semalam tidak releven kerana Perdana Menteri hanya bersikap profesional.

Razali menambah bahawa mereka ingin bertemu David Teo untuk mendapatkan penjelasan daripada beliau.

Kumpulan itu memberikan tiga hari untuk David Teo meminta maaf dan jika beliau tidak mahu berbuat demikian, mereka akan bertemu dengan Kementerian Penerangan dan menuntut tindakan sewajarnya diambil terhadap David Teo, tambahnya lagi.

Razali juga menggesa Kementerian Pertahanan untuk membatalkan gelaran "Mejar Kehormat" yang diberi kepada David Teo.

Beberapa orang pegawai polis kelihatan berada di luar pejabat untuk memantau keadaan bagi mengelakkan perkara tidak diingini berlaku.

Terdahulu, pada dialog TN50 Rabu lalu,David Teo dilaporkan meluahkan ketidakpuasan hati terhadap moderator, Pelakon Datuk Rosyam Nor kerana tidak memberi peluang kepada peserta di belakang untuk bertanyakan soalan dengan Perdana Menteri yang merupakan tetamu kehormat.

Sulaiman yang didakwa berasa marah dengan cara percakapan David Teo meluru ke arahnya sebelum menampar David Teo.

Pergelutan itu segera dileraikan oleh anggota keselamatan dan keduanya dibawa keluar sebelum program diteruskan seperti biasa.

Di akhir sesi dialog, David Teo dan Sulaiman dipanggil semula ke pentas di mana mereka kelihatan berdamai, berjabat tangan sebelum memeluk antara satu sama lain dan juga bersalaman dengan Datuk Seri Najib.

Sulaiman dan David Teo yang dihubungi Khamis lalu menyatakan bahawa mereka telah memaafkan antara satu sama lain dan meminta semua rakyat Malaysia melupakan kejadian tersebut.— EdisiRakyat.com, 19 Mei 2017

No comments:

Powered by Blogger.